Edit dan uruskan senarai dalam Peringatan pada iPad
Dalam app Peringatan , anda boleh mengedit dan mengurus item dalam senarai dengan mudah.

Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia apabila anda menggunakan peringatan yang dinaik taraf. Sesetengah ciri tidak tersedia semasa menggunakan akaun lain.
Tandakan item sebagai lengkap
Ketik bulatan kosong bersebelahan item untuk menandakannya sebagai selesai dan menyembunyikannya.
Untuk nyahsembunyikan item yang diselesaikan, ketik , kemudian ketik Tunjukkan Diselesaikan. Untuk memadamkan item yang diselesaikan, ketik Kosongkan.
Edit berbilang item pada masa yang sama
Semasa melihat senarai, ketik
, ketik Pilih Peringatan, kemudian pilih item yang anda mahu edit. Anda juga boleh menyeret dua jari di atas item.
Gunakan butang di bahagian bawah skrin untuk menambahkan tarikh dan masa, mengalihkan, memadamkan, menetapkan, menyelesaikan, mengetag atau membenderakan item dipilih.
Cipta subtugas
Leret ke kanan pada item, kemudian ketik Inden. Atau seret item ke atas item lain.
Jika anda menyelesaikan tugas utama, subtugas juga diselesaikan. Jika anda memadam atau mengalihkan tugas utama, subtugas juga dipadam atau dialihkan.
Isih dan susun semula item dalam senarai
Isih item mengikut tarikh jangka, tarikh penciptaan, keutamaan, atau tajuk: (tidak tersedia dalam Semua Senarai Pintar dan Senarai Pintar Dijadualkan) Dalam senarai, ketik
, ketik Isih Ikut, kemudian pilih pilihan.
Untuk menterbalikkan tertib isih, ketik
, ketik Isih Ikut, kemudian pilih pilihan lain, seperti Terbaharu Dahulu.
Susun semula item dalam senarai secara manual: Sentuh dan tahan item yang anda mahu alihkan, kemudian seretnya ke lokasi baharu.
Tertib manual disimpan apabila anda mengisih semula senarai mengikut tarikh jangka, tarikh penciptaan, keutamaan, atau tajuk. Untuk menterbalikkan tertib manual yang terakhir disimpan, ketik
, ketik Isih Ikut, kemudian ketik Manual.
Apabila anda mengisih atau menyusun semula senarai, tertib baharu digunakan pada senarai pada peranti lain anda yang anda gunakan peringatan yang telah dinaik taraf. Jika anda mengisih atau menyusun semula senarai dikongsi, peserta lain juga melihat tertib baharu (jika mereka menggunakan peringatan yang telah dinaik taraf).
Padam item
Leret ke kiri pada item, kemudian ketik Padam.
Jika anda menukar fikiran, anda boleh memulihkan item yang dipadamkan—ketik dengan tiga jari atau goncang untuk membuat asal.