Uruskan pemberitahuan cuaca pada iPad
Anda boleh menerima pemberitahuan daripada app Cuaca apabila peristiwa kerpasan dan cuaca buruk tertentu diramalkan di lokasi semasa anda. Anda juga boleh menerima pemberitahuan untuk lokasi dalam senarai cuaca anda (tidak tersedia di semua negara atau rantau).
Aktifkan pemberitahuan cuaca untuk lokasi anda
Pergi ke Seting
> Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi > Cuaca, kemudian ketik Sentiasa.
Aktifkan Lokasi Tepat untuk menerima pemberitahuan paling tepat untuk lokasi semasa anda.
Buka Cuaca, kemudian ketik
atau putarkan iPad anda ke paparan landskap untuk memaparkan bar sisi.
Ketik
, kemudian ketik Pemberitahuan.
Jika digesa, benarkan pemberitahuan daripada app Cuaca.
Di bawah Lokasi Semasa, aktifkan pemberitahuan untuk Cuaca Buruk dan Kerpasan Jam Seterusnya (hijau ialah aktif).
Ketik Selesai.
Nota: Tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Aktifkan pemberitahuan cuaca untuk lokasi dalam senarai cuaca anda
Buka Cuaca, kemudian ketik
atau putarkan iPad anda ke paparan landskap untuk memaparkan bar sisi.
Ketik
, kemudian ketik Pemberitahuan.
Jika digesa, benarkan pemberitahuan daripada app Cuaca.
Di bawah Lokasi Anda, ketik lokasi, kemudian aktifkan pemberitahuan untuk Cuaca Buruk dan Kerpasan Jam Seterusnya (hijau ialah aktif).
Ketik Selesai.
Nota: Tidak tersedia di semua negara atau rantau.