Sediakan peranti untuk anak dengan Perkongsian Keluarga pada iPad
Dengan Perkongsian Keluarga, pengelola, ibu bapa atau penjaga boleh menggunakan Mula Cepat pada iPad mereka untuk menyediakan peranti iOS atau iPadOS baharu untuk kanak-kanak dan menyesuaikan kawalan ibu bapa.
Ketahui tentang jenis ahli Perkongsian Keluarga.
Jika akan telah pun mempunyai Apple ID, pastikan mereka telah ditambahkan ke kumpulan Perkongsian Keluarga. Jika mereka tidak mempunyai Apple ID, anda boleh mencipta Apple ID untuk mereka semasa menambahkan mereka ke kumpulan Perkongsian Keluarga.
Pada peranti iOS atau iPadOS baharu yang anda mahu sediakan untuk anak anda, tekan dan tahan butang sisi atau butang atas sehingga logo Apple kelihatan.
Bawa iPad anda bersebelahan peranti.
Apabila anda melihat Sediakan [peranti] baharu pada iPad anda, ketik Teruskan, kemudian ikuti arahan atas skrin, kemudian lakukan satu yang berikut:
Jika anda mempunyai kanak-kanak dalam kumpulan keluarga anda, ketik nama anak anda.
Jika anda perlu mencipta Apple ID baharu untuk anak anda, ketik Cipta Akaun Anak Baharu, kemudian cipta Apple ID untuk anak anda.
Ikuti arahan atas skrin untuk selesai menyediakan peranti anak anda. Anda boleh mengesetkan pengehadan kandungan, had komunikasi dan masa henti; berkongsi lokasi anak anda dengan semua ahli kumpulan Perkongsian Keluarga, termasuk sebarang ahli yang ditambah kemudian; dan gunakan Minta untuk Beli. Anda boleh menukar seting ini bila-bila masa.