Isi kata laluan kukuh secara automatik pada iPad
Apabila anda mendaftar untuk perkhidmatan pada tapak web dan dalam app, anda boleh membiarkan iPad anda mencipta kata laluan kukuh untuk kebanyakan akaun anda.
iPad menyimpan kata laluan dalam Rantai Kunci iCloud dan mengisinya untuk anda secara automatik, supaya anda tidak perlu mengingatinya.
Nota: Berbanding memerlukan anda untuk mendaftar masuk dengan kata laluan, tapak web dan app yang mengambil bahagian menyokong alternatif ini:
Daftar masuk dengan Apple: Membenarkan anda menggunakan Apple ID untuk mendaftar masuk dan mengehadkan maklumat yang dikongsi tentang anda. Lihat Daftar masuk dengan Apple pada iPad.
Kunci laluan: Membenarkan anda menggunakan Face ID atau Touch ID untuk mendaftar masuk dengan selamat tanpa menggunakan kata laluan. Lihat Daftar masuk dengan kunci laluan pada iPad.
Cipta kata laluan kukuh untuk akaun baharu
Bergantung pada tapak web atau app, mencipta kata laluan yang kukuh dan menyimpannya ke Rantai Kunci iCloud biasanya merangkumi langkah yang serupa dengan ini.
Pada skrin akaun baharu untuk tapak web atau app, masukkan nama akaun baharu.
Untuk tapak web dan app disokong, iPad mencadangkan kata laluan yang unik dan rumit.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih kata laluan yang dicadangkan: Ketik Gunakan Kata Laluan Kukuh.
Edit kata laluan yang dicadangkan: Ketik Pilihan Lain, ketik Edit Kata Laluan Kukuh, ketik medan teks kata laluan, kemudian buat perubahan anda.
Dapatkan kata laluan kukuh berbeza: Ketik Pilihan Lain, ketik Edit Kata Laluan Kukuh, kemudian ketik kata laluan yang dicadangkan.
Dapatkan kata laluan kukuh yang hanya mengandungi nombor dan huruf: Ketik Pilihan Lain, kemudian ketik Tiada Aksara Istimewa.
Dapatkan kata laluan kukuh yang mudah ditaip: Ketik Pilihan Lain, kemudian ketik Mudah Ditaip.
Buat kata laluan anda sendiri: Ketik Pilihan Lain, kemudian ketik Pilih Kata Laluan Saya Sendiri
Untuk menyalin kata laluan supaya anda boleh menampalnya ke dalam medan Sahkan Kata Laluan jika diminta, ketik Pilihan Lain, kemudian ketik Salin Kata Laluan Kukuh.
Untuk menambah dan menyimpan nota dengan selamat tentang maklumat kunci pemulihan, soalan keselamatan, nombor PIN dan butiran serupa, masukkannya dalam medan Nota.
Untuk melihat nota kemudian, pergi ke Seting > Kata Laluan, kemudian ketik akaun.
Untuk kemudiannya membenarkan iPad mengisi kata laluan bagi anda secara automatik, ketik Ya apabila anda ditanya kalau anda mahu menyimpan kata laluan.
Isi kata laluan yang disimpan secara automatik
Bergantung pada tapak web atau app, mendaftar masuk dengan kata laluan anda yang disimpan biasanya merangkumi langkah yang serupa dengan ini.
Pada skrin daftar masuk untuk tapak web atau app, ketik medan nama akaun.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik akaun yang dicadangkan di bahagian bawah skrin atau berdekatan bahagian atas papan kekunci.
Ketik
, ketik Kata Laluan Lain, kemudian ketik akaun.
Kata laluan diisi. Untuk melihat kata laluan, ketik
.
Untuk memasukkan akaun atau kata laluan yang tidak disimpan, ketik pada skrin daftar masuk.
Halang iPad daripada mengisi kata laluan secara automatik
Pergi ke Seting > Kata Laluan > Pilihan Kata Laluan, kemudian nyahaktifkan Isi Auto Kata Laluan.