Muat turun, simpan dan kongsi episod podcast pada iPad
Dalam app Podcast , anda boleh memuat turun, menyimpan dan berkongsi episod podcast.
Simpan dan muat turun episod
Muat turun episod supaya anda boleh memainkannya semasa anda di luar talian.
Di bawah Pustaka, ketik Rancangan, kemudian ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya.
Leret ke kiri pada episod, kemudian ketik
atau
.
Apabila anda menyimpan episod, episod dimuat turun secara automatik supaya anda boleh mendengarnya di luar talian. Untuk menyahaktifkan pilihan ini, pergi ke Seting > Podcast, kemudian nyahaktifkan Muat Turun Semasa Menyimpan.
Keluarkan episod dimuat turun
Di bawah Pustaka, ketik Rancangan, kemudian ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya.
Leret ke kiri pada episod, kemudian ketik Keluarkan Muat Turun atau Nyahsimpan. Jika anda sedang mencari episod khusus, ketik
atau ketik
.
Keluarkan semua episod yang dimuat turun daripada rancangan
Di bawah Pustaka, ketik Rancangan, kemudian ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya.
Ketik
, kemudian ketik Keluarkan Muat Turun.
Petua: Anda juga boleh mengeluarkan semua episod yang dimuat turun daripada rancangan dengan pergi ke Seting > Umum > Storan iPad > Podcast, kemudian mengetik Edit.
Keluarkan semua episod dimuat turun
Di bawah Pustaka, ketik Rancangan, kemudian ketik Dimuat Turun.
Ketik
, kemudian ketik Keluarkan Semua Muat Turun.
Kongsi rancangan atau episod podcast
Di bawah Pustaka, ketik Rancangan, kemudian ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya.
Ketik
di penjuru kanan atas skrin, kemudian ketik Kongsi Rancangan. Untuk berkongsi episod khusus, ketik
di sebelah episod, kemudian ketik Kongsi Episod.