Kawal Apple TV dengan Pusat Kawalan iOS atau iPadOS
Anda boleh menggunakan kawalan Apple TV Remote dalam Pusat Kawalan pada peranti iOS atau iPadOS. Jika anda mempunyai peranti iOS dengan iOS 12 atau lebih baharu, atau peranti iPadOS dengan iPadOS 13 atau lebih baharu, kawalan ini diaktifkan secara automatik apabila peranti bersambung dengan Apple TV, seperti semasa persediaan atau apabila memasukkan teks dengan papan kekunci.
Apple TV bertukar ke profil anda secara automatik apabila anda membangunkan Apple TV menggunakan kawalan Remote.
Anda boleh mengawal Apple TV menggunakan kawasan sentuhan dan butang.
Nota: Kawalan tambahan kelihatan semasa main balik. Ketik butang Langkau ke Belakang untuk melangkau ke belakang 10 saat, atau ketik butang Langkau ke Depan untuk melangkau ke depan 10 saat. Ketik butang Sari Kata untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan sari kata.
Tambahkan kawalan Apple TV ke Pusat Kawalan iOS
Jika anda tidak melihat ikon Apple TV Remote dalam Pusat Kawalan pada peranti iOS atau iPadOS, anda boleh menambahkannya secara manual.
Pada peranti iOS atau iPadOS, pergi ke Seting > Pusat Kawalan, kemudian ketik Sesuaikan Kawalan.
Ketik butang Tambah bersebelahan Apple TV Remote dalam senarai Lebih Banyak Kawalan untuk menambahkannya ke Pusat Kawalan.
Buka kawalan Apple TV Remote dalam Pusat Kawalan iOS atau iPadOS
Pada peranti iOS atau iPadOS, leret untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik ikon Apple TV Remote .
Navigasi dan pilih app, kandungan, serta senarai
Dengan kawalan Apple TV Remote dibuka pada peranti iOS atau iPadOS anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Navigasi app dan kandungan: Leret ke kiri, ke kanan, ke atas atau ke bawah dalam kawasan sentuhan.
Pada skrin Apple TV anda, app atau item kandungan yang diserlahkan mengembang sedikit.
Navigasi senarai: Leret ke atas atau ke bawah beberapa kali dalam kawasan sentuhan untuk skrol dengan lebih cepat.
Pilih item: Leret untuk menyerlahkan item, kemudian ketik dalam kawasan sentuhan.
Lihat pilihan menu tambahan
Dengan item diserlahkan pada skrin Apple TV, sentuh dan tahan kawasan sentuhan dalam Apple TV Remote pada peranti iOS atau iPadOS anda.
Jika anda telah menyerlahkan item yang mempunyai pilihan tambahan, ia kelihatan dalam menu timbul pada skrin Apple TV anda.
Gunakan papan kekunci app
Apabila papan kekunci atas skrin kelihatan pada Apple TV, papan kekunci menjadi tersedia dalam Apple TV Remote pada peranti iOS atau iPadOS anda.
Masukkan teks dalam papan kekunci iOS atau iPadOS.
Teks pada skrin Apple TV dikemas kini semasa anda menaip.
Laraskan kelantangan
Tekan butang kelantangan pada peranti iOS atau iPadOS anda.
Nota: Ini berfungsi hanya dengan penerima audio/video yang disokong. Untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan Apple TV untuk mengawal TV atau penerima anda, lihat Kawal TV dan kelantangan anda dengan Siri Remote.
Kembali ke skrin sebelumnya atau Skrin Utama
Pada Apple TV Remote pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik butang Balik untuk kembali ke skrin sebelumnya; ketik dan tahan butang Balik untuk pergi ke Skrin Utama.
Kembali ke app TV
Pada Apple TV Remote pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik butang TV untuk pergi ke Seterusnya dalam app Apple TV. Ketik butang TV lagi untuk pergi ke Skrin Utama.
Untuk menukar kelakuan butang TV, lihat Setkan destinasi butang TV pada Apple TV.
Lihat app yang sedang dibuka
Pada Apple TV Remote pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik butang TV dua kali.
Buka Pusat Kawalan tvOS
Pada Apple TV Remote pada peranti iOS atau iPadOS anda, sentuh dan tahan butang TV .
Gunakan Siri atau perencanaan
Dengan Apple TV Remote dibuka pada peranti iOS atau iPadOS anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Gunakan Siri untuk mengawal Apple TV, mencari, atau membuat pertanyaan: Tekan dan tahan butang Siri , sebutkan perintah, istilah carian atau pertanyaan, kemudian lepaskan butang Siri.
Gunakan perencanaan untuk mencari dalam app disokong: Tekan dan lepaskan butang Siri . Apabila medan carian kelihatan, tekan dan tahan butang Siri, rencanakan istilah carian, kemudian lepaskan butang Siri.
Gunakan perencanaan untuk memasukkan kata laluan atau teks lain: Apabila anda melihat medan teks, tekan dan tahan butang Siri untuk merencanakan teks, kemudian lepaskan butang Siri.
Gunakan kawalan tambahan dengan app TV langsung
Butang tambahan kelihatan apabila app TV langsung yang disokong sedang digunakan pada Apple TV.
Pada Apple TV Remote pada peranti iOS atau iPadOS anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Akses panduan TV: Ketik butang Panduan.
Tukar saluran atau halaman ke atas atau ke bawah dalam panduan atau menu: Ketik butang Atas atau Bawah.
Gunakan iPhone untuk membantu mencari Siri Remote (generasi ke-2 atau lebih baharu)
Pada Apple TV Remote pada iPhone anda, ketik butang Cari untuk Siri Remote yang anda cari, kemudian ikuti arahan atas skrin. Lihat Gunakan iPhone anda untuk membantu mencari Siri Remote (generasi ke-2 atau lebih baharu).