Buka tab tambahan dalam Pusat Kawalan pada Apple TV
Tab tambahan kelihatan dalam Pusat Kawalan bergantung pada persediaan rumah anda dan perkara yang anda lakukan. Sebagai contoh, anda boleh mengakses kamera dan suasana HomeKit; membuka audio, kawalan AirPods atau SharePlay; dan membuka kawalan untuk Kamera Kesinambungan yang disambungkan dengan Apple TV 4K (generasi ke-2 atau lebih baharu).
Kawal kamera HomeKit
Tab HomeKit kelihatan jika anda telah menyediakan kamera keselamatan serasi HomeKit atau Matter, atau mencipta suasana HomeKit dalam app Rumah pada peranti iOS, iPadOS atau macOS (Catalina atau lebih baharu) yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Sebagai contoh, anda boleh melihat video daripada kamera keselamatan disokong dan menerima pemberitahuan apabila kamera loceng pintu disokong mengesan seseorang di pintu anda. Anda mendapat pemberitahuan peribadi jika HomeKit mengecam orang tersebut daripada pustaka Foto anda.
Anda boleh melihat berbilang kamera pada masa yang sama, mengawal aksesori yang dipasangkan ke bilik yang anda sedang lihat, atau memantau video langsung anda semasa menonton perkara lain dalam mod Gambar dalam Gambar.
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih tab HomeKit .
Pilih kamera untuk melihat imej skrin penuh dan lebih banyak pilihan.
Jika anda mempunyai berbilang kamera, paparan grid skrin penuh untuk semua kamera ditunjukkan.
Siri: Pada Siri Remote, tekan dan tahan butang Siri , kemudian sebut “Tunjukkan Saya” diikuti oleh nama kamera dalam app Rumah. Sebagai contoh, sebut “Tunjukkan saya kamera laman depan”.
Untuk melihat pilihan lanjut, pilih kamera, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Kawal aksesori yang dipasangkan ke bilik yang anda sedang lihat: Pilih butang Aksesori , kemudian pilih aksesori untuk mengaktifkan atau menyahaktifkannya.
Lihat video langsung daripada berbilang kamera pada masa yang sama: Pilih butang Paparan Grid . Pilih kamera untuk paparan skrin penuh.
Lihat video langsung daripada kamera dalam mod Gambar dalam Gambar: Pilih butang Gambar dalam Gambar . Lihat Aktifkan paparan Gambar dalam Gambar.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menyediakan kamera dalam app Rumah, lihat Panduan Pengguna iPhone.
Jaankan suasana HomeKit
Tab HomeKit kelihatan jika anda telah menyediakan kamera keselamatan serasi HomeKit atau Matter, atau mencipta suasana HomeKit dalam app Rumah pada peranti iOS, iPadOS atau macOS (Catalina atau lebih baharu) yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Suasana membolehkan anda mengawal berbilang aksesori di dalam rumah anda. Sebagai contoh, anda boleh mencipta suasana Menonton TV yang memalapkan lampu dan mengesetkan suhu.
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote, kemudian pilih tab HomeKit dalam Pusat Kawalan.
Pilih suasana untuk produk serasi HomeKit yang selamat seperti kunci pintu, lampu, pintu atau tingkap bermotor, sistem keselamatan dan pintu garaj.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mencipta suasana dalam app Rumah, lihat Panduan Pengguna iPhone.
Lihat perkara yang dimainkan dalam Muzik
Apabila muzik dimainkan atau dijedakan dalam app Muzik pada Apple TV, anda boleh membuka kawalan main balik daripada Pusat Kawalan.
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih tab Kini Dimainkan .
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Buka app Muzik ke item yang sedang dimainkan: Pilih item.
Main, jeda atau pergi ke item seterusnya atau sebelumnya: Pilih kawalan main balik.
Buka kawalan AirPods
Selepas anda menyambungkan AirPods (generasi ke-3), AirPods Pro atau AirPods Max ke Apple TV, anda boleh membuka kawalan AirPods daripada Pusat Kawalan apabila anda mendaftar masuk ke Apple TV menggunakan Apple ID sama yang dikaitkan dengan AirPods tersebut.
Petua: Untuk bertukar pengguna pada Apple TV, lihat Tukar pengguna dalam tab Profil pada Apple TV.
Nota: Dalam Pusat Kawalan pada Apple TV HD, kawalan kelihatan untuk AirPods Pro dan AirPods Max sahaja dan terhad kepada pembatalan bunyi (kerana Audio Ruang tidak disokong pada Apple TV HD).
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih tab AirPods .
Pilih pilihan untuk Audio Adaptif pada AirPods Pro (generasi ke-2), Kawalan Bunyi dan Audio Ruang, atau pilih Kongsi Audio untuk berkongsi audio anda dengan fon kepala yang kedua.
Lihat Gunakan Apple TV untuk memainkan audio di seluruh rumah anda.
Buka kawalan SharePlay pada Apple TV 4K (generasi ke-2 atau lebih baharu)
SharePlay membolehkan anda menonton filem atau rancangan bersama-sama dengan orang lain menggunakan FaceTime pada iPhone atau iPad.
Mulakan SharePlay daripada FaceTime pada Apple TV 4K (generasi ke-2 atau lebih baharu).
Penunjuk SharePlay kelihatan di penjuru kanan atas Skrin Utama pada Apple TV.
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih tab SharePlay .
Laraskan kawalan SharePlay.
Lihat Berlatih bersama-sama menggunakan SharePlay pada Apple TV atau Tonton bersama menggunakan SharePlay pada Apple TV.
Buka kawalan SharePlay pada Apple TV HD atau 4K (generasi pertama)
SharePlay membolehkan anda menonton filem atau rancangan bersama-sama dengan orang lain menggunakan FaceTime pada iPhone atau iPad.
Pastikan pengguna Apple TV semasa mempunyai panggilan FaceTime sedang berlangsung pada iPhone atau iPad (memerlukan iOS 15.1 atau lebih baharu, atau iPadOS 15.1 atau lebih baharu) dan penunjuk SharePlay kelihatan di penjuru kanan atas Skrin Utama pada Apple TV.
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote, kemudian pilih tab SharePlay dalam Pusat Kawalan.
Jika anda belum lagi memulakan SharePlay, pilih Mula pada Apple TV dan sahkan pada iPhone atau iPad yang mengambil bahagian dalam SharePlay.
Laraskan kawalan SharePlay.
Lihat Berlatih bersama-sama menggunakan SharePlay pada Apple TV atau Tonton bersama menggunakan SharePlay pada Apple TV.
Buka kawalan FaceTime pada Apple TV 4K (generasi ke-2 atau lebih baharu)
Mulakan panggilan FaceTime pada Apple TV 4K (generasi ke-2 atau lebih baharu).
Penunjuk FaceTime kelihatan di penjuru kanan atas Skrin Utama pada Apple TV.
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih tab FaceTime .
Laraskan kawalan FaceTime.
Buka kawalan Kamera Kesinambungan pada Apple TV 4K (generasi ke-2 atau lebih baharu)
Kawalan Kamera Kesinambungan kelihatan dalam Pusat Kawalan pada Apple TV 4K (generasi ke-2 atau lebih baharu) apabila anda telah menyambungkan iPhone atau iPad ke Apple TV untuk membuat panggilan dengan FaceTime atau app persidangan video lain.
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih tab Kamera .
Laraskan mana-mana kawalan berikut yang kelihatan atas skrin:
Bingkai Dipusatkan: Pilih untuk memastikan semua orang dalam bilik dibingkaikan dengan sempurna, walaupun ketika mereka bergerak.
Potret: Pilih untuk fokus pada subjek dan mengaburkan imej latar belakang.
Reaksi: Pilih untuk mengecam gerak isyarat tangan yang anda lakukan yang menjana kesan atas skrin, seperti hati atau bunga api. Lihat Tambah Reaksi dengan gerak isyarat tangan.
Apabila anda selesai membuat perubahan, tekan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama).