Sediakan berbilang pengguna pada Apple TV
Anda boleh berkongsi Apple TV anda dengan berbilang ahli keluarga supaya setiap orang boleh mengakses keutamaan kandungan disesuaikan dan akaun mereka sendiri untuk app Apple TV, Apple Music dan App Store. Selepas menambah ahli keluarga anda ke Apple TV, anda dan keluarga anda boleh bertukar antara profil akaun untuk mencipta pengalaman tontonan peribadi.
Menukar profil pengguna pada Apple TV mencipta pengalaman tersuai, dengan senarai Seterusnya, keutamaan bahasa sistem, seting AirPods dipasangkan, senarai muzik, data Game Center dan pengesyoran kandungan diperibadikan untuk pengguna yang aktif pada masa ini.
Jika anda menyediakan Perkongsian Keluarga, Apple TV mencadangkan ahli keluarga untuk ditambah dalam tab Profil dalam Pusat Kawalan.
Nota: Tidak semua ciri tersedia di semua negara atau rantau.
Tambah ahli keluarga ke Apple TV anda
Pada Apple TV, lakukan salah satu yang berikut:
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote, pilih tab Profil , kemudian pilih Tambah Pengguna. Lihat Tukar pengguna dalam tab Profil pada Apple TV untuk mendapatkan butiran.
Nota: Untuk mengeluarkan cadangan Perkongsian Keluarga daripada senarai dalam tab Profil, pilih orang yang dicadangkan (dengan tanda tambah di sebelah gambar profil atau monogramnya), kemudian pilih “Jangan cadangkan [nama orang].”
Buka Seting , pergi ke Pengguna dan Akaun > Tambah Pengguna Baharu, kemudian masukkan Apple ID baharu.
Tambah ahli keluarga ke Apple TV menggunakan app Rumah
Anda juga boleh menambah orang ke Apple TV anda menggunakan app Rumah pada peranti iOS, iPadOS atau macOS (menjalankan Catalina atau lebih baharu). App Rumah membolehkan anda menambah berbilang pengguna pada masa yang sama dan menyesuaikan akses setiap orang mengikut peranti. Contohnya, anda boleh menyediakan Apple TV dalam bilik anak dengan akaun kanak-kanak dan menyediakan Apple TV lain di ruang tamu dengan akaun ibu bapa dan anak.
Petua: Kemas kini ke app Rumah dalam iOS 16.2, iPadOS 16.2 dan macOS 13.1 menawarkan kawalan peranti disambungkan di dalam rumah anda yang lebih boleh dipercayai dan efisien apabila anda menggunakan Apple TV sebagai hab rumah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Naik taraf ke seni bina Rumah baharu.
Pastikan Apple TV anda ditambah ke bilik pada rangkaian yang dikawal oleh app Rumah.
Jika anda tidak memilih bilik untuk Apple TV anda semasa anda menyediakannya, buka Seting pada Apple TV, pergi ke AirPlay dan HomeKit > Blik, kemudian pilih bilik.
Buka app Rumah pada peranti iOS, iPadOS atau macOS anda.
Ketik atau klik butang Lagi di penjuru kanan atas, kemudian pilih Seting Rumah .
Ketik atau klik Jemput Orang, masukkan alamat e-mel Apple ID untuk pengguna yang anda mahu tambah, kemudian ketik atau klik Hantar Jemputan.
Beritahu peserta untuk membuka app Rumah pada peranti iOS, iPadOS atau macOS mereka dan lakukan yang berikut:
Ketik Terima.
Ketik butang Lagi , pilih seting Rumah , kemudian ketik nama mereka.
Ketik Tunjukkan Saya pada Apple TV, kemudian hidupkan satu atau lebih Apple TV.
Ahli keluarga kini kelihatan sebagai pengguna untuk Apple TV tersebut.
Bertukar kepada ahli keluarga berbeza pada Apple TV
Anda boleh bertukar kepada akaun dan profil keutamaan ahli keluarga berlainan pada Apple TV dengan mudah.
Pada Apple TV, lakukan salah satu yang berikut:
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote, pilih tab Profil dalam Pusat Kawalan, kemudian pilih nama ahli keluarga yang berbeza. (Lihat Tukar pengguna dalam tab Profil pada Apple TV untuk mendapatkan butiran.)
Buka Seting , pergi ke Pengguna dan Akaun > Pengguna Semasa, kemudian pilih nama daripada senarai dan daftar masuk ke akaun tersebut.
Hanya satu pengguna boleh menjadi aktif pada satu masa di Apple TV.
Tukar pengguna lalai pada Apple TV
Akaun pengguna lalai digunakan untuk perkhidmatan seperti Game Center dan akaun iCloud digunakan untuk Foto, pengesyoran Dikongsi dengan Anda, Daftar masuk dengan Apple, Satu Skrin Utama dan HomeKit.
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Pengguna dan Akaun, pilih pengguna yang disenaraikan sebagai Pengguna Lalai, kemudian pilih Keluarkan Pengguna daripada Apple TV.
Dalam Pengguna dan Akaun, pilih Tambah Pengguna Lalai, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk mendaftar masuk.
Edit nama ahli keluarga pada Apple TV
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Pengguna dan Akaun > [nama akaun] > Edit Nama Pengguna untuk Apple TV.
Masukkan perubahan anda, kemudian pilih Selesai.
Keluarkan pengguna daripada Apple TV
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Pengguna dan Akaun, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Daftar keluar pengguna lalai: Pilih [nama akaun lalai], kemudian pilih Keluarkan Pengguna daripada Apple TV.
Daftar keluar akaun tambahan: Pilih [nama akaun], pilih iCloud, kemudian pilih Daftar Keluar.