Beli dan muat turun app pada Apple TV
Muat turun app
Dalam App Store pada Apple TV, navigasi ke Beli atau Dapatkan (untuk app percuma), kemudian tekan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama) untuk mula memuat turun.
Jika anda melihat Pasang (dengan ikon iCloud), maknanya anda telah membeli app tersebut dan anda boleh memuat turunnya lagi secara percuma. Jika anda melihat Buka, app telah dipasang; pilih Buka untuk melancarkan app.
Semasa app dimuat turun atau mengemas kini, ikonnya kelihatan pada Skrin Utama dengan penunjuk kemajuan.
Petua: Jika anda menyediakan Perkongsian Keluarga, pengelola keluarga anda boleh menyemak pembelian yang dibuat oleh ahli keluarga lain di bawah umur 18 tahun. Contohnya, jika Minta Kebenaran untuk Beli disetkan untuk ahli keluarga anda yang lebih muda (dikonfigurasi dalam Seting Sistem > Keluarga pada Mac yang menjalankan macOS Ventura atau lebih baharu; dalam Keutamaan Sistem > Perkongsian Keluarga pada Mac yang menjalankan macOS Catalina, Big Sur atau Monterey; dalam iTunes pada Mac yang menjalankan macOS Mojave atau lebih awal; atau dalam Seting > Keluarga pada peranti iOS atau iPadOS), kemudian apabila ahli keluarga tersebut cuba membuat pembelian, mesej dihantar kepada pengelola keluarga untuk meminta kelulusan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menyediakan Perkongsian Keluarga, lihat Perkongsian Keluarga pada Apple TV.
Hadkan pembelian in-app
Banyak app memberi kandungan tambahan atau peningkatan dengan yuran. Anda boleh mengehadkan pembelian yang boleh dibuat dalam app.
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Umum > Pengehadan (pastikan Pengehadan diaktifkan) dan nyahaktifkan Pembelian In-App.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pengehadan, lihat Hadkan akses ke kandungan dalam Apple TV.
Sediakan kemas kini atau pemasangan automatik
Secara lalai, app dikemas kini secara automatik apabila versi baharu dikeluarkan. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri ini.
Anda juga boleh mengesetkan Apple TV untuk menambah app yang mempunyai versi Apple TV secara automatik pada bila-bila masa anda memuat turun app pada iPhone atau iPad yang didaftar masuk ke Apple ID yang sama.
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke App, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Aktifkan atau nyahaktifkan kemas kini automatik: Pilih Kemas Kini App Secara Automatik.
Jika Kemas Kini App Secara Automatik dinyahaktifkan, anda boleh memilih sebarang app dalam App Store untuk menyemak jika kemas kini tersedia dan mengemas kini secara manual di sana.
Aktifkan atau nyahaktifkan pemasangan app automatik: Pilih Pasang App Secara Automatik.
Nota: App ahli keluarga tidak ditambah secara automatik ke Skrin Utama.
Untuk mendapatkan maklumat tentang memadamkan app, lihat Sesuaikan Skrin Utama Apple TV.
Tukar seting app
Sesetengah app mempunyai menu Seting dalam app. Untuk app lain, lakukan yang berikut:
Buka Seting pada Apple TV.
Pilih App, pilih app yang anda mahukan, kemudian buat perubahan.