Gunakan AirPlay untuk strim audio dan video pada Apple TV
Anda boleh menggunakan AirPlay untuk:
Mainkan video atau audio daripada peranti iOS atau iPadOS anda pada Apple TV
Mainkan muzik, podcast dan stesen radio pada berbilang peranti didayakan AirPlay 2 (seperti HomePod atau speaker lain) di dalam bilik di seluruh rumah anda (lihat Gunakan Apple TV untuk memainkan audio di seluruh rumah anda)
Lihat skrin Mac, peranti iOS atau peranti iPadOS anda pada Apple TV
Untuk strim kandungan daripada Mac, peranti iOS atau peranti iPadOS ke Apple TV, kedua-dua Apple TV dan peranti dikongsi perlu disambungkan ke rangkaian yang sama. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan AirPlay untuk menstrim video atau mencerminkan skrin iPhone atau iPad anda.
Sediakan Apple TV untuk strim audio ke peranti didayakan AirPlay 2
Untuk strim audio daripada Apple TV ke peranti audio lain seperti HomePod atau speaker disambungkan rangkaian lain, tambahkan Apple TV ke bilik dalam app Rumah pada peranti iOS atau iPadOS anda.
Pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada Apple TV dan peranti iOS atau iPadOS.
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke AirPlay > Bilik dan ikuti arahan atas skrin untuk memilih bilik yang Apple TV terletak.
Strim daripada peranti iOS atau iPadOS ke Apple TV
Lakukan salah satu daripada berikut:
Cerminkan skrin peranti iOS atau iPadOS pada Apple TV: Pada peranti iOS atau iPadOS, leret untuk membuka Pusat Kawalan, ketik Pencerminan Skrin , kemudian pilih Apple TV dalam senarai peranti AirPlay.
Untuk menamatkan pencerminan, pastikan Pusat Kawalan dibuka pada peranti anda, ketik , kemudian ketik Hentikan Pencerminan.
Strim video daripada peranti iOS atau iPadOS ke Apple TV: Mula memainkan video pada peranti iOS atau iPadOS, ketik dalam tetingkap video, kemudian pilih Apple TV dalam senarai peranti AirPlay.
Untuk menghentikan penstriman, ketik di bahagian atas skrin, kemudian pilih Mainkan pada [peranti iOS atau iPadOS].
Nota: Jika anda mempunyai Apple TV 4K dan peranti iOS atau iPadOS yang menyokong video 4K HDR, video anda daripada app Foto akan strim dalam resolusi 4K HDR penuh.
Strim audio daripada peranti iOS atau iPadOS ke Apple TV
Lakukan salah satu daripada berikut:
Daripada Pusat Kawalan iOS atau iPadOS: Sentuh dan tahan kawasan di atas kawalan main balik Muzik, ketik , pilih Apple TV dalam senarai peranti, kemudian ketik Main/Jeda (jika audio belum dimainkan).
Daripada app Muzik iOS atau iPadOS: Ketik , pilih Apple TV dalam senarai peranti, ketik di luar senarai, kemudian ketik Main/Jeda (jika audio belum dimainkan).
Strim daripada Mac ke Apple TV
Cerminkan skrin Mac pada Apple TV: Pada Mac, lakukan salah satu yang berikut:
Mac dengan macOS Big Sur atau lebih baharu: Klik Pusat Kawalan dalam bar menu, klik Pencerminan Skrin , kemudian pilih nama Apple TV yang anda mahu gunakan.
Untuk menamatkan pencerminan skrin, klik Pusat Kawalan dalam bar menu, klik Pencerminan Skrin , kemudian klik nama Apple TV.
Mac dengan macOS Catalina atau lebih awal: Klik dalam bar menu, kemudian pilih nama Apple TV yang anda mahu gunakan.
Untuk menamatkan pencerminan skrin, klik dalam bar menu, kemudian pilih Nyahaktifkan AirPlay.
Strim audio daripada Mac ke Apple TV: Klik ikon Bunyi dalam bar menu Mac, kemudian pilih nama Apple TV.
Laraskan seting AirPlay dan HomeKit
Buka Seting pada Apple TV.
Pilih AirPlay dan HomeKit, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Aktifkan atau nyahaktifkan AirPlay: Pilih AirPlay untuk mengaktifkannya; pilihnya lagi untuk menyahaktifkannya.
Benarkan akses ke Apple TV: Pilih Benarkan Akses, kemudian lihat “Setkan orang yang boleh menggunakan AirPlay untuk strim kandungan ke Apple TV” di bawah.
Aktifkan atau nyahaktifkan Paparan Bilik Persidangan: Lihat Strim ke paparan bilik persidangan.
Betulkan paparan AirPlay yang terpangkas: Jika paparan AirPlay anda kelihatan terpangkas pada Apple TV, aktifkan Kurang Imbas Paparan AirPlay untuk menunjukkan keseluruhan imej. Jika anda melihat bar hitam di sekeliling imej, nyahaktifkan seting ini.
Pilih Bilik: Pilih Bilik, kemudian pilih bilik yang anda letakkan Apple TV anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sediakan Apple TV untuk strim audio ke peranti didayakan AirPlay 2.
Aktifkan atau nyahaktifkan pemberitahuan loceng pintu: Kamera loceng pintu yang anda sambungkan dengan HomeKit kelihatan dalam senarai di bawah Pemberitahuan. Pilih kamera untuk mematikannya; pilihnya lagi untuk menghidupkannya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tukar pengguna dalam tab Profil pada Apple TV.
Sekan orang yang boleh menggunakan AirPlay untuk strim kandungan ke Apple TV
Buka Seting pada Apple TV.
Pilih AirPlay dan HomeKit, kemudian pilih Benarkan Akses dan pilih mana-mana pilihan berikut:
Semua Orang: Semua orang boleh strim kandungan ke Apple TV anda.
Sesiapa Dalam Rangkaian Sama: Sesiapa yang bersambung ke rangkaian rumah anda boleh strim kandungan ke Apple TV anda.
Hanya Orang yang Berkongsi Rumah Ini: Hanya orang yang anda telah tambahkan ke Perkongsian Rumah boleh strim kandungan ke Apple TV anda.
Perlukan Kata Laluan: Kata laluan diperlukan untuk AirPlay ke Apple TV anda.
Juga Benarkan Berdekatan untuk AirPlay: Sesiapa yang berdekatan dengan Apple TV anda boleh strim kandungan padanya.
Untuk melihat arahan sambungan AirPlay pada Apple TV anda, lihat Strim ke paparan bilik persidangan.