Perkara lain yang anda boleh tanya Siri pada Apple TV
Siri boleh melakukan lebih daripada mencari rancangan yang menarik untuk ditonton atau app yang bagus untuk dimuat turun. Anda juga boleh menggunakan Siri untuk membuka app pada Apple TV anda, mengawal main balik video yang anda tonton, mengetahui lebih lanjut tentang pelakon atau pengarah rancangan dan banyak lagi.
Navigasi Apple TV
Anda boleh menggunakan Siri untuk membuka app atau bertukar kepada app lain.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Buka App Store”
“Lancarkan Paramount+”
“Mainkan Video PBS KIDS”
“Pergi ke Foto”
Kawal main balik video
Apabila anda memainkan kandungan video, terdapat beberapa pertanyaan yang anda boleh gunakan untuk mengawal main balik.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Jeda ini”
“Mainkan daripada permulaan”
“Langkau ke depan 90 saat”
“Langkau ke belakang 10 minit”
“Aktifkan kapsyen tertutup”
“Aktifkan sari kata Perancis”
“Apa yang dia baru katakan?”
Dalam kes ini, Apple TV melangkau ke belakang 10 saat dan mengaktifkan sari kata buat sementara.
Dapatkan maklumat lanjut tentang rancangan
Anda boleh bertanya soalan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program yang anda tonton.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Siapa yang membintangi ini?”
“Siapakah yang mengarahkan ini?”
“Apakah penilaian untuk ini?”
“Bilakah ini dikeluarkan?”
Mainkan muzik
Jika anda pelanggan Apple Music, anda boleh menggunakan Siri untuk memainkan lagu daripada Muzik.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Mainkan ‘Gadis Semasa’ oleh Yuna”
“Mainkan 10 lagu hip-hop paling popular”
“Mainkan Alabama Shakes album pertama”
“Tambahkan ‘Uptown Funk’ oleh Bruno Mars ke koleksi saya”
“Mainkan lagu ini dalam versi langsung”
“Mainkan lebih banyak macam ini”
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menggunakan Siri untuk main balik muzik, lihat Kawal muzik dengan Siri pada Apple TV.
Cari peranti iOS, iPadOS, watchOS atau macOS
Jika peranti Apple lain anda (iOS, iPadOS, watchOS atau macOS) didayakan ciri Cari dan didaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama dengan yang Apple TV anda gunakan, anda boleh meminta Siri untuk mencetuskan isyarat boleh dengar pada sebarang peranti ini. Apple TV anda dan peranti anda mesti berada pada rangkaian yang sama dan berdekatan.
Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menyediakan ciri Cari, lihat panduan pengguna untuk peranti dan sistem pengendalian anda.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Di manakah iPhone saya?”
“Ping iPad saya”
“Cari jam Lisa”
Kawal produk HomeKit
Jika anda mendaftar masuk pada Apple TV dengan Apple ID, anda boleh meminta Siri untuk mengawal banyak produk HomeKit, termasuk lampu, termostat, bidai tingkap dan banyak lagi. Semasa anda di luar rumah, anda boleh menggunakan peranti iOS dan iPadOS anda dengan Siri serta app Rumah. Anda boleh menukar seting, mengesetkan suasana, mendapatkan status peranti, menjalankan automasi atau mendapatkan senarai peranti:
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Tunjukkan saya kamera laman depan”
“Malapkan lampu bilik makan kepada 50 peratus”
“Hidupkan pembuat kopi”
“Berapakah jumlah salur kuasa di dalam apartmen saya?”
"Setkan suhu kepada 72 darjah"
“Adakah lampu tingkat atas hidup?”
“Adakah pintu depan dikunci?”
“Mainkan ini di dapur”
“Selamat malam”
“Saya mahu keluar”
Nota: Produk serasi HomeKit selamat seperti kunci pintu, pintu atau tingkap bermotor, sistem keselamatan dan pintu garaj tidak boleh dikawal oleh Apple TV. Anda mesti menggunakan peranti iOS atau iPadOS atau Mac untuk mengawal peranti tersebut.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang HomeKit, lihat Panduan Pengguna iPhone.
Dapatkan maklumat umum
Anda boleh bertanya Siri tentang topik lain seperti sukan, cuaca dan saham atau bertanya soalan khusus yang anda mungkin cari di internet.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Siapakah yang akan menentang Mavericks esok?”
“Bagaimanakah dengan cuaca?”
“Bagaimanakah cuaca di Vancouver?”
“Pukul berapa matahari terbenam di Paris?”
“Apakah prestasi NASDAQ hari ini?”
“Bagaimanakah prestasi saham Apple?”
“Adakah jagung sejenis buah?”
“Berapakah usia Mozart?”
“Beritahu saya sesuatu tentang fotosintesis.”
Hasil kelihatan di bahagian bawah skrin.
Dalam sesetengah kes, anda boleh meleret ke atas pada permukaan sentuh Siri Remote untuk mendedahkan lebih maklumat.