Kawal muzik dengan Siri pada Apple TV
Anda boleh menggunakan Siri untuk mengawal main balik muzik pada Apple TV.
Gunakan Siri untuk mengawal main balik muzik
Tekan dan tahan butang Siri pada Siri Remote, kemudian sebutkan permintaan.
Gunakan permintaan suara Siri untuk melakukan yang berikut:
Cari muzik: Sebutkan nama artis, album atau lagu yang anda cari.
Mainkan atau jeda muzik: Sebutkan “Mainkan muzik”. Untuk menjeda, sebut “Jeda”, “Jeda muzik” atau “Henti”. Anda juga boleh menyebut “Lagu seterusnya” atau “Lagu sebelumnya”.
Mainkan album, artis, lagu, senarai main atau stesen radio: Sebut “Main” diikuti oleh nama artis, album, lagu, senarai main atau stesen yang anda mahu mainkan. Jika Siri tidak menemui apa yang anda minta, pastikan anda bertanya dengan lebih terperinci. Sebagai contoh, sebutkan “Mainkan stesen radio ‘Pure Pop’” berbanding menyebut “Mainkan ‘Pure Pop’”.
Mainkan muzik dalam tertib rawak: Sebutkan nama artis (“Mainkan Bastille dirombak”) atau album (“Mainkan Terukir Di Bintang dirombak”) yang anda mahu dengar dalam tertib rawak.
Mainkan muzik serupa: Semasa muzik dimainkan, sebut “Mainkan lebih banyak lagu macam ini” atau “Cipta stesen radio berdasarkan lagu ini”.
Layari Apple Music (langganan Apple Music diperlukan): Anda boleh memainkan sebarang trek Apple Music mengikut tajuk (“Mainkan ‘Uptown Funk’ oleh Bruno Mars”), mengikut artis (“Mainkan Alabama Shakes”), mengikut carta (“Mainkan lagu popular dari bulan Mac 1989”) atau mengikut versi (“Mainkan lagu ini dalam versi langsung”).
Tambahkan muzik daripada Apple Music ke koleksi anda (langganan Pelajar, Individu atau Keluarga Apple Music diperlukan): Sebut, contohnya, “Tambahkan ‘Gadis Semasa’ oleh Yuna ke Pustaka saya” atau semasa memainkan sesuatu, sebut “Tambahkan ini ke koleksi saya”.