Strim ke paparan bilik persidangan
Anda boleh menggunakan Apple TV sebagai paparan bilik persidangan supaya sesiapa sahaja boleh berkongsi skrin mereka dengan mudah daripada Mac, peranti iOS atau peranti iPadOS menggunakan AirPlay. Dengan Paparan Bilik Persidangan diaktifkan, mesej kelihatan pada paparan dengan arahan sambungan AirPlay dan butiran rangkaian wayarles.
Aktifkan Paparan Bilik Persidangan
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke AirPlay > Paparan Bilik Persidangan, kemudian pastikan Paparan Bilik Persidangan diaktifkan.
Cipta mesej tersuai
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke AirPlay > Paparan Bilik Persidangan > Mesej Tersuai, kemudian masukkan mesej anda.
Paparan Bilik Persidangan mesti diaktifkan untuk memasukkan mesej dan mesej anda hanya kelihatan apabila Apple TV berada dalam mod Paparan Bilik Persidangan.
Pilih latar belakang
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke AirPlay > Paparan Bilik Persidangan > Pilih Foto, kemudian pilih salah satu daripada jenis latar belakang berdasarkan foto.
Jika anda memilih Foto Saya, app Foto dibuka.
Pratonton mod Paparan Bilik Persidangan
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke AirPlay > Paparan Bilik Persidangan, kemudian pergi ke Paparan Bilik Persidangan > Pratonton.
Kunci mod Paparan Bilik Persidangan
Anda boleh mengesetkan Apple TV supaya mod Paparan Bilik Persidangan dikunci sehingga kod laluan 4 digit dimasukkan.
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Umum > Pengehadan dan masukkan kod laluan jika diperlukan.
Pastikan Paparan Bilik Persidangan disetkan ke Dihadkan dalam senarai item dihadkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Hadkan akses ke kandungan dalam Apple TV.
Nota: Anda menggunakan kod laluan 4 digit yang sama yang anda setkan Pengehadan untuk membuka kunci mod Paparan Bilik Persidangan. Jika anda terlupa kod laluan, putuskan sambungan Apple TV daripada salur kuasa, sambungkannya semula, kemudian tekan dan tahan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama) semasa Apple TV dimulakan semula. Ini membuka kunci mod Paparan Bilik Persidangan secara sementara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda diminta untuk memasukkan kata laluan AirPlay pada Apple TV.