Reset Apple TV
Jika anda mengalami masalah dan app Apple TV masih tidak membalas selepas dimulakan semula, cuba reset app Apple TV ke seting kilangnya. Apabila anda mereset Apple TV, semua data dipadamkan, termasuk akaun dan konfigurasi anda.
Anda juga boleh mereset Apple TV anda dan mengemas kini perisiannya pada masa yang sama.
Anda boleh menggunakan iPhone atau iPad anda untuk menyediakan Apple TV bagi pemulihan yang lebih pantas. Lihat artikel Sokongan Apple Jika TV anda menunjukkan iPhone di sebelah Apple TV.
Reset Apple TV
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Sistem > Reset, kemudian pilih Reset.
Mereset Apple TV dan memulihkannya ke seting kilang boleh mengambil sedikit masa, jadi sila bersabar. Jika Apple TV masih tidak membalas, lakukan salah satu yang berikut:
Jika anda mempunyai Apple TV 4K: Hubungi Sokongan Apple TV.
Jika anda mempunyai Apple TV HD dan Mac dengan macOS Catalina atau lebih baharu: Tanggalkan kabel kuasa dan HDMI daripada Apple TV. Sambungkan satu hujung kabel USB-C (dijual berasingan) ke Apple TV dan hujung yang lain ke komputer anda. Buka Finder pada komputer anda, pilih Apple TV dalam bar sisi, kemudian pilih Pulihkan. Jika langkah ini tidak berhasil, hubungi Sokongan Apple TV.
Jika anda mempunyai Apple TV HD dan PC dengan iTunes atau Mac dengan macOS Mojave atau lebih awal: Tanggalkan kabel kuasa dan HDMI daripada Apple TV. Sambungkan satu hujung kabel USB-C (dijual berasingan) ke Apple TV dan hujung yang lain ke komputer anda. Buka iTunes pada komputer anda, pilih Apple TV dalam senarai Sumber, kemudian pilih Pulihkan. Jika langkah ini tidak berhasil, hubungi Sokongan Apple TV.
Reset Apple TV dan kemas kini perisian
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Sistem > Reset, kemudian pilih Reset dan Kemas Kini.
Memilih pilihan ini akan memulihkan Apple TV anda ke seting kilangnya, memadamkan semua seting dan maklumat serta mengemas kini ke versi tvOS terkini.