Cari dan muat turun permainan pada Apple TV
Dalam app Arcade pada Apple TV, anda boleh melayari permainan popular, mencari permainan khusus dan memuat turun permainan yang anda mahu mainkan.
Nota: Apple Arcade memerlukan langganan.
Layari permainan mengikut kategori
Pergi ke app Arcade
pada Apple TV.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Navigasi ke kiri dan kanan di baris atas untuk melihat permainan yang ditampilkan.
Skrol ke bawah untuk melihat baris kategori, kemudian navigasi ke kiri dan kanan untuk melihat pilihan yang tersedia.
Petua: Jika anda bermain permainan Apple Arcade pada peranti lain, anda boleh mencari permainan tersebut dalam baris Teruskan Main dalam Apple Arcade selagi anda mendaftar masuk ke Game Center.
Skrol ke bahagian bawah skrin dan pilih Lihat Semua Permainan, kemudian isih atau tapis hasil.
Pilih permainan untuk melihat perihalan, pratonton, penilaian, permainan berkaitan dan pilihan muat turun.
Cari permainan
Muat turun permainan
Pergi ke app Arcade
pada Apple TV.
Pilih permainan yang anda mahu muat turun, kemudian pilih Dapatkan.
Permainan mula dimuat turun dan ikonnya kelihatan pada Skrin Utama dengan penunjuk kemajuan.
Nota: Kebanyakan permainan dalam Apple Arcade memerlukan pengawal permainan Bluetooth® pihak ketiga atau aksesori yang lain (dijual secara berasingan). Pada halaman permainan, anda boleh melihat sama ada pengawal adalah pilihan atau diperlukan. Lihat Gunakan pengawal permainan pada Apple TV.
Petua: Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, anda boleh menggunakan iPhone atau iPad anda untuk mengehadkan permainan yang ahli keluarga anda boleh beli—termasuk mendayakan Minta untuk Beli, yang membenarkan anak anda membeli item hanya dengan kebenaran ibu bapa. Lihat Sediakan kawalan ibu bapa dengan Perkongsian Keluarga dalam Panduan Pengguna iPhone.