Laraskan seting untuk profil dan akaun pengguna pada Apple TV
Pergi ke Seting
pada Apple TV.
Pergi ke Profil dan Akaun.
Untuk menukar profil pengguna, pilih Tukar Profil Semasa, kemudian pilih profil.
Untuk mengesetkan sama ada skrin profil kelihatan apabila anda mengaktifkan Apple TV, aktifkan atau nyahaktifkan Pilih Profil Apabila Bangun.
Untuk mengesetkan sama ada untuk menunjukkan atau menyembunyikan profil dicadangkan daripada Pusat Kawalan dan apabila Apple TV bangun daripada tidur, pilih Profil Dicadangkan, kemudian pilih Tunjukkan atau Sembunyikan.
Untuk melaraskan seting bagi profil tertentu, pilih profil, kemudian laraskan mana-mana seting yang disenaraikan di bawah.
Nota: Sesetengah seting hanya kelihatan untuk profil pengguna lalai. Lihat Tukar profil pengguna lalai pada Apple TV.
Pilihan
Perihalan
Kedai
Pilih untuk mendaftar masuk atau keluar daripada Akaun Apple yang digunakan untuk membuat pembelian bagi profil pengguna ini.
Game Center
Pilih untuk melakukan salah satu yang berikut:
Daftar masuk atau keluar daripada Akaun Apple yang berkaitan dengan Game Center untuk profil pengguna ini.
Pilih Pemain Berdekatan untuk membenarkan atau menyekat pemain Game Center berdekatan daripada menjemput profil pengguna ini ke permainan berbilang pemain.
Foto (profil pengguna lalai sahaja)
Pilih untuk mengesetkan keutamaan untuk app Foto, termasuk menyelaraskan foto iCloud, menunjukkan atau menyembunyikan Memori dan menunjukkan atau menyembunyikan Album Dikongsi.
Satu Skrin Utama (profil pengguna lalai sahaja)
Aktifkan untuk memastikan app dan Skrin Utama anda dikemas kini merentas setiap Apple TV menggunakan Akaun Apple ini.
Dikongsi dengan Anda (profil pengguna lalai sahaja)
Aktifkan untuk membenarkan media dikongsi dengan anda dalam Mesej pada iPhone atau iPad anda untuk kelihatan pada Apple TV ini.
Pembelian
Pilih untuk mengesetkan keutamaan kata laluan bagi pembelian profil pengguna ini: sentiasa memerlukan kata laluan, memerlukan kata laluan selepas 15 minit atau tidak memerlukan kata laluan.
Muat Turun Percuma
Pilih sama ada kata laluan anda diperlukan untuk muat turun percuma.
Cam Suara Saya
Aktifkan atau nyahaktifkan pengecaman suara Siri. Lihat Sediakan pengecaman suara pada Apple TV.
Edit Nama
Pilih untuk memasukkan nama baharu untuk profil pengguna ini.
Untuk Anda Semua
Pilih sama ada profil pengguna ini disertakan dalam pengesyoran Untuk Anda Semua dalam app Apple TV. Lihat Urus pengesyoran yang kelihatan dalam app Apple TV.
Tunjukkan Panggilan Masuk
Pilih untuk mengaktifkan Tunjukkan Panggilan Masuk supaya Apple TV anda menunjukkan kepada anda orang yang membuat panggilan pada iPhone anda. Lihat Urus panggilan masuk iPhone pada Apple TV.
Langganan
Pilih untuk menukar atau membatalkan langganan profil pengguna ini.
Keluarkan Profil
Pilih untuk mendaftar keluar daripada profil pengguna Apple TV dan mengeluarkan media mereka, data app dalam iCloud dan akaun Game Center.