![](https://help.apple.com/assets/62A8ED2F99A5D0045E612A42/62A8ED3DCA32D1047032C8FF/ms_MY/159427dbd559aa56f746020d09bdfb2e.png)
Tukar keutamaan Pengguna Pengguna & Kumpulan pada Mac
Gunakan keutamaan Pengguna pada Keutamaan Sistem Pengguna & Kumpulan untuk menukar seting akaun anda pada Mac ini. Jika anda merupakan pentadbir, anda juga boleh menukar seting untuk orang lain yang menggunakan Mac anda. Ketahui cara untuk menyediakan pengguna baharu.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple . Pilih pengguna dalam senarai di sebelah kiri, kemudian, jika anda memilih diri anda, klik Kata Laluan di sebelah kanan. Jika pengguna lain sedang log masuk Mac ini, anda tidak boleh memilihnya.
Penting: Jika anda terlupa atau memerlukan bantuan dengan kata laluan log masuk, topik yang berikut mungkin membantu:
Buka keutamaan Pengguna & Kumpulan untuk saya
Nota: Jika kunci di bahagian kiri bawah anak tetingkap dikunci , kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Gambar pengguna | Pilih gambar pengguna yang mewakili pengguna. Anda boleh menukar gambar yang muncul bersebelahan nama pengguna anda atau nama pengguna lain dalam tetingkap log masuk pada Mac anda. Anda boleh memilih foto daripada pustaka foto anda, mengambil foto baharu menggunakan kamera pada Mac anda, memilih Memoji atau emoji, menggunakan parap dalam monogram dan banyak lagi. Apabila anda memilih gambar atau imej lain untuk gambar log masuk pengguna anda, imej dipilih juga dipaparkan untuk gambar Apple ID dan Kad Saya anda dalam Kenalan. Lihat Tukar gambar log masuk pengguna. | ||||||||||
Ubah Kata Laluan Reset Kata Laluan | Tukar kata laluan dan pembayang kata laluan log masuk pengguna. Semasa menukar kata laluan, anda boleh menggunakan Pembantu Kata Laluan untuk membantu anda memilih kata laluan yang selamat. Klik kunci | ||||||||||
Kad Kenalan | Lihat dan edit maklumat Kenalan pengguna. Ini hanya tersedia untuk pengguna yang sedang log masuk. | ||||||||||
Benarkan pengguna untuk reset kata laluan dengan menggunakan Apple ID | Benarkan pengguna menukar kata laluan untuk Mac ini pada log masuk dengan memasukkan Apple ID dan kata lauan mereka. Untuk menggunakan pilihan ini, pengguna mesti telah sediakan iCloud pada Mac ini. Walau bagaimanapun, pilihan ini tidak tersedia jika FileVault diaktifkan dan disetkan untuk membenarkan pengguna reset kata laluan mereka pada permulaan menggunakan Apple ID mereka. | ||||||||||
Benarkan pengguna untuk mentadbir komputer ini | Benarkan pengguna menjadi pentadbir untuk Mac ini. | ||||||||||
Item Log Masuk | Lihat item yang dibuka secara automatik apabila anda log masuk. Selepas anda melog masuk, anda boleh menambah, mengeluarkan dan menyembunyikan item log masuk. Lihat Tukar keutamaan Item Log Masuk Pengguna & Kumpulan. | ||||||||||
Tambah | Tambah dan keluarkan pengguna serta kumpulan.
|
Untuk mendapatkan maklumat tentang dasar privasi Apple, lihat tapak web Dasar Privasi Apple.
Untuk menukar atau mengemas kini nama akaun pengguna, lihat artikel Sokongan Apple Tukar nama akaun pengguna macOS dan folder utama anda.
Untuk memberikan kebenaran pengguna untuk akses fail atau skrin dikongsi, anda mungkin perlu untuk menukar seting dalam Perkongsian Fail, Perkongsian Skrin atau anak tetingkap Pengurusan Jauh dari keutamaan Perkongsian. Lihat Sediakan perkongsian fail dan Selepas komputer anda disambungkan ke SAN, volum Xsan kekal dilekapkan pada komputer anda sehingga anda atau pentadbir mengeluarkan profil konfigurasi Xsan (walaupun anda mendaftar keluar daripada macOS atau mula semula Mac anda)..