![](https://help.apple.com/assets/605932B4A1B7A93F492858E8/605932C0A1B7A93F492858FF/ms_MY/159427dbd559aa56f746020d09bdfb2e.png)
Tukar keutamaan Pengguna Pengguna & Kumpulan pada Mac
Gunakan anak tetingkap Pengguna dari Keutamaan Sistem Pengguna & Kumpulan untuk menukar seting akaun anda pada Mac ini. Jika anda merupakan pentadbir, anda juga boleh menukar seting untuk orang lain yang menggunakan Mac anda. Ketahui cara untuk menyediakan pengguna baru.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple
Penting: Jika anda terlupa atau memerlukan bantuan dengan kata laluan log masuk, topik yang berikut mungkin membantu:
Buka keutamaan Pengguna & Kumpulan untuk saya
Nota: Jika kunci di bahagian kiri bawah anak tetingkap dikunci , kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Gambar pengguna | Klik gambar untuk mengeditnya, kemudian pilih gambar baru.
Anda boleh seret fail imej daripada Finder | ||||||||||
Ubah Kata Laluan Reset Kata Laluan | Klik butang untuk ubah kata laluan log masuk dan pembayang kata laluan. Untuk menggunakan Pembantu Kata Laluan, klik kunci | ||||||||||
Kad Kenalan | Klik Buka untuk lihat dan edit kad Kenalan anda. Hanya tersedia untuk pengguna yang sedang log masuk. | ||||||||||
Benarkan pengguna untuk reset kata laluan dengan menggunakan Apple ID | Benarkan pengguna menukar kata laluan untuk Mac ini pada log masuk dengan memasukkan Apple ID dan kata lauan mereka. Untuk menggunakan pilihan ini, pengguna mesti telah sediakan iCloud pada Mac ini. Walau bagaimanapun, pilihan ini tidak tersedia jika FileVault diaktifkan dan disetkan untuk membenarkan pengguna reset kata laluan mereka pada permulaan menggunakan Apple ID mereka. | ||||||||||
Benarkan pengguna untuk mentadbir komputer ini | Jadikan pengguna sebagai pentadbir untuk Mac ini. | ||||||||||
Tambah | Untuk menambah pengguna atau kumpulan baru, klik butang Tambah |
Untuk mendapatkan maklumat tentang dasar privasi Apple, lihat tapak web Dasar Privasi Apple.
Untuk menukar atau mengemas kini nama akaun pengguna, lihat artikel Sokongan Apple Tukar nama akaun pengguna macOS dan folder utama anda.
Untuk memberikan kebenaran pengguna untuk akses fail atau skrin dikongsi, anda mungkin perlu untuk menukar seting dalam Perkongsian Fail, Perkongsian Skrin atau anak tetingkap Pengurusan Jauh dari keutamaan Perkongsian. Lihat Sediakan perkongsian fail dan Selepas komputer anda disambungkan ke SAN, volum Xsan kekal dilekapkan pada komputer anda sehingga anda atau pentadbir mengeluarkan profil konfigurasi Xsan (walaupun anda mendaftar keluar daripada macOS atau mula semula Mac anda)..