Tukar seting Pengguna pada Mac
Tukar seting untuk akaun pengguna Mac anda dalam Seting Pengguna. Jika anda merupakan pentadbir, anda juga boleh menukar seting untuk orang lain yang menggunakan Mac anda. Ketahui cara untuk menyediakan pengguna baharu.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pengguna & Kumpulan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Klik butang Info bersebelahan pengguna di sebelah kanan untuk membuat perubahan. Anda tidak boleh membuat perubahan untuk pengguna yang sedang log masuk.
Buka seting Pengguna & Kumpulan untuk saya
Nota: Jika anda terlupa atau memerlukan bantuan dengan kata laluan log masuk, topik yang berikut mungkin membantu:
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Gambar pengguna | Klik gambar yang kelihatan bersebelahan nama pengguna anda atau nama pengguna lain dalam tetingkap log masuk pada Mac anda. Anda boleh memilih foto daripada pustaka foto anda, mengambil foto baharu menggunakan kamera pada Mac anda, memilih Memoji atau emoji, menggunakan parap dalam monogram dan banyak lagi. Apabila anda memilih gambar atau imej lain untuk gambar log masuk pengguna anda, imej dipilih juga dipaparkan untuk gambar Apple ID dan Kad Saya anda dalam Kenalan. Lihat Tukar gambar log masuk pengguna. | ||||||||||
Tukar Kata Laluan atau Reset Kata Laluan | Tukar kata laluan log masuk dan pembayang kata laluan untuk pengguna yang sedang log masuk, atau reset kata laluan untuk pengguna lain. Lihat Tukar kata laluan atau gambar pengguna pada Mac. | ||||||||||
Benarkan pengguna ini untuk mentadbir komputer ini | Benarkan pengguna menjadi pentadbir untuk Mac ini. | ||||||||||
Benarkan pengguna untuk reset kata laluan dengan menggunakan Apple ID | Benarkan pengguna menukar kata laluan untuk Mac ini pada log masuk dengan memasukkan Apple ID dan kata lauan mereka. Untuk menggunakan pilihan ini, pengguna mesti telah sediakan iCloud pada Mac ini. Walau bagaimanapun, pilihan ini tidak tersedia jika FileVault diaktifkan dan disetkan untuk membenarkan pengguna reset kata laluan mereka pada permulaan menggunakan Apple ID mereka. | ||||||||||
Buka Kad Kenalan | Lihat dan edit maklumat Kenalan pengguna. Ini hanya tersedia untuk pengguna yang sedang log masuk. | ||||||||||
Padam Akaun | Padam pengguna. (Pilihan ini tidak kelihatan jika pengguna sedang log masuk, atau jika hanya satu pengguna disediakan. Anda mungkin perlu memasukkan kata laluan pentadbir.) Lihat Padam pengguna atau kumpulan. |
Untuk mendapatkan maklumat tentang dasar privasi Apple, lihat tapak web Dasar Privasi Apple.
Untuk menukar atau mengemas kini nama akaun pengguna, lihat artikel Sokongan Apple Tukar nama akaun pengguna macOS dan folder utama anda.
Untuk memberikan keizinan pengguna untuk mengakses fail atau skrin dikongsi, anda mungkin perlu menukar pilihan dalam seting Perkongsian Fail, Perkongsian Skrin atau Pengurusan Jauh. Lihat Sediakan perkongsian fail dan Selepas komputer anda disambungkan ke SAN, volum Xsan kekal dilekapkan pada komputer anda sehingga anda atau pentadbir mengeluarkan profil konfigurasi Xsan (walaupun anda mendaftar keluar daripada macOS atau mula semula Mac anda)..