Sesuaikan Mac anda dengan Seting Sistem
Anda boleh menukar seting sistem untuk menyesuaikan Mac anda. Sebagai contoh, anda boleh menukar saiz dan lokasi Dock, pilih penampilan cerah atau gelap, tukar gambar desktop dan banyak lagi.
Untuk menukar Seting Sistem pada Mac anda, klik ikon Seting Sistem dalam Dock atau pilih menu Apple > Seting Sistem.
Setkan pilihan
Pilihan untuk Mac anda disusun mengikut seting. Contohnya, pilihan yang anda setkan untuk warna Aksen dan warna Serlahan terletak di seting Penampilan.
Seting disenaraikan dalam bar sisi dan mungkin berbeza bergantung pada Mac anda dan app yang anda telah pasang. Klik seting untuk memaparkan pilihannya.
Kebanyakan seting disertakan butang Bantuan untuk diklik bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan tersebut.
Cari pilihan dalam Seting Sistem
Jika anda tidak tahu tempat untuk mencari pilihan dalam Seting Sistem, gunakan medan carian di bahagian atas tetingkap. Seting dengan pilihan yang sepadan dengan teks carian anda disenaraikan di bawah.
Jika lencana merah ditunjukkan pada ikon Seting Sistem dalam Dock, anda perlu mengambil satu atau lebih tindakan. Sebagai contoh, jika anda tidak menyediakan sepenuhnya ciri iCloud, lencana kelihatan pada ikon dalam Dock; apabila anda klik ikon, seting dipaparkan supaya anda boleh melengkapkan persediaan.
Untuk menukar pilihan bagi app, seperti Mail atau Safari, buka app, klik nama app dalam bar menu, kemudian pilih Seting. Sesetengah app tidak menawarkan seting.