Sesuaikan gambar desktop pada Mac anda
Anda boleh menukar gambar yang dipaparkan pada desktop anda. Pilih daripada pelbagai gambar atau warna yang disediakan oleh Apple, atau gunakan foto anda sendiri.
Petua: Ada boleh menyeret imej daripada desktop atau folder anda ke imej kecil gambar desktop semasa untuk menggunakan imej sebagai gambar desktop anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Hias Latar dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pilih gambar desktop daripada salah satu kategori tersedia:
Hias Latar Dinamik: Gambar ini bertukar secara berkala sepanjang hari berdasarkan lokasi semasa anda. Jika Perkhidmatan Lokasi dinyahaktifkan (dalam seting Privasi & Keselamatan), gambar bertukar berdasarkan zon waktu yang ditentukan dalam seting Tarikh & Masa. Lihat Tukar seting Privasi & Keselamatan.
Jika anda memilih Mod Gelap dalam seting Penampilan (atau semasa persediaan macOS), gambar desktop dilalaikan ke imej pegun gelap. Untuk berhenti menggunakan imej gelap pegun, klik menu timbul, kemudian pilih Dinamik atau Cerah (Pegun).
Hias Latar Cerah & Gelap: Gambar ini bertukar daripada cerah ke gelap semasa matahari terbenam, berdasarkan lokasi semasa anda. Namun begitu, jika anda memilih Mod Gelap dalam seting Penampilan (atau semasa persediaan macOS), gambar desktop dilalaikan ke imej pegun gelap. Untuk berhenti menggunakan imej gelap pegun, klik menu timbul, kemudian pilih Automatik atau Cerah (Pegun).
Gambar: Gambar ini kekal statik sepanjang hari.
Nota: Jika imej kecil mempunyai ikon muat turun , anda mesti mempunyai sambungan internet untuk memuat turun imej sebelum anda menggunakannya. Untuk memadamkan gambar yang dimuat turun, Control-klik imej kecilnya, kemudian pilih Keluarkan Muat Turun.
Warna: Perca ini menggunakan latar belakang warna padu untuk desktop anda. Untuk memilih warna yang tidak ditunjukkan, klik butang Tambah .
Tambah Folder/Tambah Album Foto: Kawalan untuk memilih foto anda sendiri daripada folder atau album foto. Untuk menambah folder, klik Tambah Folder, kemudian pilih folder. Untuk menambah album foto, klik Tambah Album Foto, kemudian pilih Album (semua album) atau album individu.
Jika foto anda tidak ditunjukkan, ia mungkin bukan dalam format yang dijangkakan—JPEG, PICT, TIFF, PNG, atau HEIC. Gunakan Pratonton untuk membuka foto anda dan menyimpannya dalam salah satu format yang disokong. Lihat Simpan PDF dan imej dalam Pratonton.
Jika foto anda ditunjukkan tetapi kelihatan kabur, cuba gunakan yang lebih besar, seperti foto 1024 x 768 piksel.
Untuk mengubah suai gambar atau warna dekstop tersuai, lakukan mana-mana yang berikut:
Kitar menerusi berbilang gambar atau warna desktop: Klik Putar Auto di sebelah folder atau warna tersuai untuk membuatkan gambar atau warna desktop bertukar dari semasa ke semasa. Sesuaikan pemasaan atau pilih kitaran rawak menggunakan kawalan di bahagian atas seting Hias Latar.
Ubah suai susunan atau dimensi gambar desktop: pilih pilihan daripada menu timbul di bahagian atas seting Hias Latar. Pilihan termasuk Isi Skrin, Muat ke Skrin, Regang untuk Isi Skrin, Pusatkan dan banyak lagi.
Petua: Ada boleh menyeret imej daripada desktop atau folder anda ke imej kecil di bahagian atas seting Hias Latar untuk menggunakan imej sebagai gambar dekstop anda.
Untuk menggunakan foto yang anda miliki dalam app Foto dengan cepat, buka Foto, pilih foto, klik butang Kongsi dalam bar alat Foto, kemudian pilih Setkan Hias Latar.
Anda juga boleh menggunakan gambar yang anda temui pada web sebagai gambar desktop anda. Control-klik imej dalam tetingkap pelayar, kemudian pilih Gunakan Imej sebagai Gambar Desktop.