Jadikan teks dan item lain pada skrin lebih besar pada Mac
Anda boleh menukar resolusi paparan untuk menjadikan semua pada skrin lebih besar, atau meningkatkan saiz teks dan ikon untuk menjadikannya lebih mudah untuk dilihat.
Petua: Jika anda mempunyai masalah mencari penuding pada skrin, anda juga boleh menjadikannya lebih besar, atau mencarinya secara cepat dengan menggoncangkan tetikus anda. Lihat Jadikan penuding lebih mudah dilihat.
Jadikan semua pada skrin lebih besar
Anda boleh melaraskan resolusi paparan anda untuk menjadikan semua pada skrin kelihatan lebih besar.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Paparan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Di sebelah kanan, pilih resolusi.
Resolusi yang lebih rendah meningkatkan saiz semuanya pada skrin.
Jadikan teks lebih besar
Dalam app: Dalam sesetengah app seperti Mail, Mesej, News dan Safari, anda boleh menekan Command-Tambah (+) atau Command-Tolak (–) untuk melaraskan saiz teks semasa membaca e-mel, mesej, artikel dan halaman web.
Dalam label desktop: Control-klik desktop, pilih Tunjukkan Pilihan Paparan, klik menu timbul “Saiz teks”, kemudian pilih saiz teks.
Dalam bar sisi: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Penampilan dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Klik menu timbul bersebelahan “Saiz ikon bar sisi” di sebelah kanan, kemudian pilih Besar.
Dalam nama fail dan folder dalam Finder: Pilih Paparan > Tunjukkan Pilihan Paparan. Klik menu timbul “Saiz ikon,” kemudian pilih saiz teks.
Nota: Anda tidak boleh menukar saiz teks dalam paparan Galeri. Lihat Tukar cara folder dipaparkan dalam Finder.
Petua: Anda boleh melihat versi teks pada skrin yang lebih besar apabila anda mengalihkan penuding di atasnya. Lihat Gunakan Teks Terapung.
Jadikan ikon lebih besar
Pada desktop: Control-klik desktop, pilih Tunjukkan Pilihan Paparan, kemudian seret gelangsar “Saiz ikon” ke sebelah kanan.
Dalam bar sisi: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Penampilan dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Klik menu timbul bersebelahan “Saiz ikon bar sisi” di sebelah kanan, kemudian pilih Besar.
Dalam tetingkap Finder: Pilih Paparan > Tunjukkan Pilihan Paparan. Dalam paparan Ikon dan paparan Senarai, pilih saiz ikon yang lebih besar. Dalam paparan Galeri, anda boleh memilih saiz imej kecil yang lebih besar.
Nota: Anda tidak boleh menukar saiz ikon dalam paparan Lajur. Lihat Tukar cara folder dipaparkan dalam Finder.
Anda juga boleh menggunakan papan kekunci, tetikus, atau trackpad anda untuk zum masuk dan keluar pada skrin dengan cepat.