Jadikan penuding lebih mudah dilihat pada Mac
Jika anda menghadapi masalah melihat atau mengikuti penuding, anda boleh menukar saiz dan warnanya supaya lebih mudah untuk dicari pada skrin.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Paparan di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Penuding, kemudian setkan mana-mana daripada pilihan ini:
Goncangkan penuding tetikus untuk mencari: Aktifkan pilihan ini untuk menjadikan penuding lebih besar semasa anda menggerakkan jari anda dengan cepat di atas trackpad atau menggerakkan tetikus dengan cepat.
Saiz penuding: Seret gelangsar sehingga saiz penuding betul untuk anda.
Warna garis kasar penuding: Klik perigi warna untuk memilih warna bagi garis kasar penuding.
Warna isian penuding: Klik perigi warna untuk memilih warna bagi bahagian dalam penuding.
Reset Warna: Gunakan warna rangka (putih) dan warna isian (hitam) penuding lalai.