Tukar gambar log masuk pengguna pada Mac
Anda boleh menukar gambar yang muncul bersebelahan nama pengguna anda atau nama pengguna lain dalam tetingkap log masuk pada Mac anda. Anda boleh memilih foto daripada pustaka foto anda, mengambil foto baharu menggunakan kamera pada Mac anda, memilih Memoji atau emoji, menggunakan parap dalam monogram dan banyak lagi. Gambar log masuk pengguna anda juga dipaparkan sebagai gambar Apple ID anda dan sebagai Kad Saya anda dalam Kenalan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pengguna & Kumpulan .
Buka keutamaan Pengguna & Kumpulan untuk saya
Jika kunci di bahagian kiri bawah dikunci , kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Pilih akaun pengguna di sebelah kiri.
Anda tidak boleh memilih akaun untuk pengguna yang sedang log masuk (ditunjukkan oleh tanda semak pada gambar pengguna). Pengguna mesti log masuk dan menukar gambar mereka atau log keluar supaya anda boleh menukarnya.
Klik gambar pengguna di sebelah kanan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Pilih Memoji: Klik Memoji, kemudian klik butang Tambah untuk memilih dan mencipta imej wajah. Atau pilih satu daripada Memoji yang dipaparkan, kemudian pilih lagak gaya dan gaya yang anda suka.
Pilih emoji: Klik Emoji, kemudian klik butang Tambah untuk memilih imej daripada pustaka emoji. Atau pilih satu daripada emoji yang dipaparkan dan pilih gaya.
Pilih monogram: Klik Monogram, pilih warna latar belakang, kemudian masukkan parap.
Ambil gambar menggunakan kamera Mac anda: Klik Kamera. Sediakan tangkapan anda, kemudina klik butang Kamera. Anda boleh mengambil semula foto sebanyak kali yang anda perlu.
Pilih foto daripada pustaka Foto anda: Klik Foto. Untuk melihat foto daripada album khusus, klik anak panah bersebelahan Foto dalam bar sisi, klik album yang anda mahu, kemudian pilih foto.
Petua: Untuk menggantikan gambar Apple ID semasa secara cepat dengan imej pada desktop anda, hanya seret imej daripada Finder ke gambar semasa.
Pilih imej dicadangkan: Klik Cadangan, kemudian pilih gambar.
Selepas anda memilih imej, anda boleh melaraskan rupanya. Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Laraskan lokasi imej: Seret gambar di sekeliling dalam bulatan.
Zum ke dalam atau ke luar: Seret gelangsar ke kiri atau kanan.
Klik Simpan.