![](https://help.apple.com/assets/62A8ED2F99A5D0045E612A42/62A8ED3DCA32D1047032C8FF/ms_MY/68274e6a07b0f6c86044273a859c3f2a.png)
Tukar keutamaan Nama, Telefon, E-mel untuk Apple ID anda pada Mac
Pada Mac anda, gunakan keutamaan Nama, Telefon, E-mel untuk menukar maklumat nama, telefon dan e-mel yang berkaitan dengan Apple ID anda. Ketahui cara menyediakan maklumat nama, telefon dan e-mel Apple ID anda.
![Keutamaan Apple ID menunjukkan bar sisi jenis pilihan akaun berlainan yang anda boleh gunakan dan keutamaan Nama, Telefon, E-mel untuk akaun sedia ada.](https://help.apple.com/assets/62A8ED2F99A5D0045E612A42/62A8ED3DCA32D1047032C8FF/ms_MY/abe0859b2d4b745e20211ba26e66faab.png)
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple , kemudian pilih Nama, Telefon, E-mel dalam bar sisi.
Buka keutamaan Apple ID untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama | Tukar nama yang dikaitkan dengan akaun Apple ID. Untuk menukar gambar yang digunakan untuk akaun anda, klik gambar di sebelah kiri dan pilih gambar atau imej baharu. | ||||||||||
Hari Lahir | Tentukan hari lahir yang dikaitkan dengan akaun anda. Untuk menjadi pengelola keluarga, anda mestilah berumur lebih daripada 13 tahun. Untuk mendapatkan maklumat tentang Perkongsian Keluarga, lihat Sediakan Perkongsian Keluarga pada Mac. | ||||||||||
Boleh dihubungi di | Tentukan nombor telefon dan alamat e-mel yang patut digunakan untuk menerima mesej yang dihantar ke akaun anda. Klik butang Tambah Untuk mengeluarkan e-mel atau nombor telefon, pilih item dan klik butang Padam | ||||||||||
Sembunyikan E-mel Saya dan majukan ke: | Sembunyikan alamat e-mel Apple ID anda untuk melindungi privasinya dan menghalang penggunaan pihak ketiga. Pilihan ini hanya muncul jika anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple untuk menyediakan akaun pada app atau tapak web. Lihat Gunakan Daftar masuk dengan Apple. | ||||||||||
Pengumuman | Terima pengumuman, pengesyoran dan kemas kini tentang produk, perkhidmatan dan perisian Apple. | ||||||||||
App, Muzik, Filem, Apple Pay dan Lagi | Terima keluaran berita, kandungan eksklusif, tawaran istimewa dan pengesyoran. | ||||||||||
Surat Berita Apple News | Terima surat berita daripada editor Apple News menyorotkan cerita teratas. |