Tukar keutamaan Nama, Telefon, E-mel untuk Apple ID anda pada Mac
Pada Mac anda, gunakan keutamaan Nama, Telefon, E-mel untuk menukar maklumat nama, telefon dan e-mel yang berkaitan dengan Apple ID anda.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian pilih Nama, Telefon, E-mel dalam bar sisi.
Buka keutamaan Apple ID untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama | Klik Edit untuk menukar nama yang dikaitkan dengan akaun Apple ID. Untuk menukar gambar yang digunakan untuk akaun anda, klik gambar dan pilih gambar yang anda mahu. | ||||||||||
Hari Lahir | Klik Edit dan pilih tarikh lahir untuk menukar tarikh lahir yang berkaitan dengan akaun anda. Untuk menjadi pengelola keluarga, anda mestilah berumur lebih daripada 13 tahun. Untuk mendapatkan maklumat tentang Perkongsian Keluarga, lihat Sediakan Perkongsian Keluarga pada Mac. | ||||||||||
Boleh dihubungi di | Anda boleh menentukan nombor telefon dan alamat e-mel yang boleh menerima mesej yang dihantar ke akaun anda. Klik butang Tambah , kemudian masukkan alamat e-mel atau nombor telefon dan klik Seterusnya. Masukkan kod yang dihantar ke alamat e-mel atau nombor telefon dan klik Seterusnya. Untuk mengeluarkan e-mel atau nombor telefon, pilih item dan klik butang Padam . | ||||||||||
Sembunyikan E-mel Saya dan majukan ke: | Pilihan ini hanya muncul jika anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple untuk menyediakan akaun pada app atau tapak web. Apabila anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple, anda boleh memilih untuk menyembunyikan alamat e-mel Apple ID anda untuk melindungi keselamatannya dan menghalang penggunaan pihak ketiga. Lihat Gunakan Daftar masuk dengan Apple. | ||||||||||
Pengumuman | Klik kotak semak untuk mendapatkan pengumuman, pengesyoran dan kemas kini tentang produk, perkhidmatan dan perisian Apple. | ||||||||||
App, Muzik, Filem, Apple Pay dan Lagi | Klik kotak semak untuk mendapatkan keluaran berita, kandungan eksklusif, tawaran istimewa dan pengesyoran. | ||||||||||
Kemas Kini Apple News | Klik kotak semak untuk mendapatkan cerita dan pengesyoran terbaik daripada Apple News. |