Tukar keutamaan Kata Laluan & Keselamatan untuk Apple ID anda pada Mac
Pada Mac anda, gunakan keutamaan Kata Laluan & Keselamatan untuk menukar kata laluan dan seting keselamatan yang berkaitan dengan Apple ID anda.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian pilih Kata Laluan & Keselamatan dalam bar sisi.
Buka keutamaan Apple ID untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kata Laluan | Klik butang ini untuk menukar kata laluan untuk akaun Apple ID anda. Anda perlu memasukkan kata laluan log masuk komputer anda, kemudian klik Benarkan. Seterusnya, masukkan dan sahkan kata laluan Apple ID baru berdasarkan arahan yang muncul. | ||||||||||
Pengesahan Dua Faktor | Menandakan sama ada anda telah mengaktifkan Pengesahan Dua Faktor. Jika Pengesahan Dua Faktor dinyahaktifkan, anda boleh klik Aktifkan untuk mula menggunakannya. Setelah anda menyediakan Pengesahan Dua Faktor, anda mesti menggunakannya apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda—anda tidak boleh menyahaktifkannya. | ||||||||||
Nombor telefon dipercayai | Anda boleh memasukkan atau mengeluarkan nombor telefon dipercayai seperti yang anda mahu. Nombor telefon dipercayai digunakan untuk mengesahkan identiti anda apabila mendaftar masuk pada peranti atau pelayar berlainan. Untuk menambah nombor telefon, klik Edit. Kemudian klik butang Tambah . Masukkan kata laluan log masuk Mac anda apabila diminta. Taipkan nombor telefon yang boleh digunakan untuk mengesahkan identiti anda. Pilih sama ada anda mahu untuk dihubungi melalui teks atau panggilan telefon, kemudian klik Teruskan. Masukkan kod yang dihantar ke alamat e-mel atau nombor telefon dan klik Seterusnya. Untuk mengeluarkan e-mel atau nombor telefon, pilih item, klik butang Padam , kemudian klik Keluarkan. Apabila selesai memasukkan nombor telefon, klik Selesai. Pilihan ini hanya kelihatan jika anda menggunakan Pengesahan Dua Faktor. | ||||||||||
Dapatkan Kod Pengesahan | Klik butang ini untuk menghantar kod pengesahan ke nombor telefon dipercayai anda apabila mendaftar masuk ke akaun anda pada peranti lain atau iCloud.com. Pilihan ini hanya kelihatan jika anda menggunakan Pengesahan Dua Faktor. | ||||||||||
Soalan keselamatan | Jika anda menggunakan pengesahan dua langkah, anda boleh menukar soalan keselamatan yang anda jawab apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda. Klik butang ini untuk memilih soalan dan jawapan keselamatan berbeza. | ||||||||||
Alamat E-mel Penyelamat | Jika anda menggunakan pengesahan dua langkah, klik Tukar untuk memasukkan akaun e-mel yang anda boleh dihubungi sekiranya anda perlu untuk mereset kata laluan anda dan soalan keselamatan. Pilihan ini hanya kelihatan jika anda menggunakan pengesahan dua langkah. | ||||||||||
App Menggunakan Apple ID Anda | Pilihan ini hanya muncul selepas anda telah menggunakan Daftar masuk dengan Apple untuk menyediakan akaun pada app atau tapak web. Pilih menyenaraikan bilangan app dan tapak web yang anda telah mendaftar masuk menggunakan Daftar Masuk dengan Apple. Pilihan ini memberikan maklumat tentang akaun anda dan keupayaan untuk menyahaktifkan ciri atau berhenti menggunakan Daftar masuk dengan Apple. Lihat Gunakan Daftar masuk dengan Apple. |