![](https://help.apple.com/assets/5EF110D6680CE23B38350954/5EF110E3680CE23B3835095C/ms_MY/d7d0f25615f4ace90c46e0d4b95a1505.png)
Tukar keutamaan Bayaran & Penghantaran untuk Apple ID anda pada Mac
Pada Mac anda, gunakan keutamaan Bayaran & Penghantaran untuk menukar maklumat bayaran dan penghantaran yang berkaitan dengan Apple ID anda.
![Keutamaan Apple ID menunjukkan bar sisi jenis pilihan akaun berlainan yang anda boleh gunakan dan keutamaan Bayaran & Penghantaran untuk akaun sedia ada.](https://help.apple.com/assets/5EF110D6680CE23B38350954/5EF110E3680CE23B3835095C/ms_MY/3ceec0857312951748356c690387ba8f.png)
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian pilih Bayaran & Penghantaran dalam bar sisi.
Buka keutamaan Apple ID untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kaedah Bayaran | Klik Butiran untuk menentukan kad kredit, kad debit, PayPal, atau akaun Apple Card yang anda mahu gunakan untuk pembelian daripada iTunes, Apple Books, App Store dan Apple Online Store. Jika anda menyediakan Perkongsian Keluarga, anda boleh menentukan bahawa ahli keluarga boleh menggunakan kaedah bayaran ini untuk pembelian juga. | ||||||||||
Alamat Penghantaran | Klik Edit untuk memasukkan nama dalam alamat penghantaran anda untuk digunakan bagi menghantar pembelian. |