Tukar seting Bayaran & Penghantaran untuk Apple ID anda pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Bayaran & Penghantaran Apple ID untuk menukar maklumat bayaran dan penghantaran yang dikaitkan dengan Apple ID anda.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, kemudian klik Bayaran & Penghantaran.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk dengan Apple ID anda”, masukkan Apple ID anda (atau alamat e-mel atau nombor telefon lain pada fail), kemudian masukkan kata laluan anda. Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh mencipta satu.
Buka seting Apple ID untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kaedah bayaran | Menunjukkan kaedah bayaran yang dikaitkan dengan Apple ID anda, seperti kad kredit, kad debit, atau PayPal. Anda boleh mengurus kaedah bayaran untuk Apple ID anda dalam Seting pada iPhone atau iPad dengan iOS 12.2 atau lebih baharu, atau dalam App Store pada peranti dengan versi iOS yang lebih awal. Pada Mac atau PC, gunakan Mac App Store atau iTunes (jika tersedia). | ||||||||||
Baki Apple Cash | Tunjukkan Baki Apple Cash anda, yang anda boleh gunakan dengan iPhone, iPad, atau Apple Watch serasi Apple Pay yang didaftar masuk dengan Apple ID anda. | ||||||||||
Baki Apple Card | Menunjukkan baki semasa anda (jika anda menggunakan Apple Card). | ||||||||||
Alamat | Untuk memasukkan nama dan alamat penghantaran yang digunakan untuk menghantar pembelian anda daripada Apple Store, klik “Tambah alamat penghantaran”, masukkan nama dan alamat, kemudian klik Simpan. Untuk mengemas kini alamat penghantaran anda, klik Edit, tukar nama atau alamat, kemudian klik Simpan. |