Tukar keutamaan Kata Laluan & Keselamatan untuk Apple ID anda pada Mac
Pada Mac anda, gunakan keutamaan Kata Laluan & Keselamatan untuk menukar kata laluan dan seting keselamatan yang berkaitan dengan Apple ID anda. Ketahui cara menyediakan kata laluan dan maklumat keselamatan Apple ID anda.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID , kemudian pilih Kata Laluan & Keselamatan dalam bar sisi.
Buka keutamaan Apple ID untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kata Laluan | Tukar kata laluan untuk akaun Apple ID anda. Anda perlu memasukkan kata laluan log masuk komputer anda, kemudian klik Benarkan. Masukkan dan sahkan kata laluan Apple ID baharu berdasarkan arahan yang muncul. | ||||||||||
Pengesahan Dua Faktor | Lihat sama ada pengesahan dua faktor diaktifkan. Pengesahan dua faktor diaktifkan secara automatik untuk kebanyakan komputer Mac. Jika pengesahan dua faktor dinyahaktifkan, klik Aktifkan untuk mula menggunakannya. Setelah anda menyediakan Pengesahan Dua Faktor, anda mesti menggunakannya apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda—anda tidak boleh menyahaktifkannya. | ||||||||||
Nombor telefon dipercayai | Tentukan Nombor telefon dipercayai digunakan untuk mengesahkan identiti anda apabila mendaftar masuk pada peranti atau pelayar berbeza. Untuk menambah nombor telefon, klik Edit. Kemudian klik butang Tambah . Masukkan kata laluan log masuk Mac anda apabila diminta. Taipkan nombor telefon yang boleh digunakan untuk mengesahkan identiti anda. Pilih sama ada anda mahu untuk dihubungi melalui teks atau panggilan telefon, kemudian klik Teruskan. Masukkan kod yang dihantar ke alamat e-mel atau nombor telefon dan klik Seterusnya. Untuk mengeluarkan e-mel atau nombor telefon, pilih item, klik butang Padam , kemudian klik Keluarkan. Apabila selesai memasukkan nombor telefon, klik Selesai. Pilihan ini hanya kelihatan jika anda menggunakan Pengesahan Dua Faktor. | ||||||||||
Dapatkan Kod Pengesahan | Hantar kod pengesahan ke nombor telefon dipercayai anda apabila mendaftar masuk ke akaun anda pada peranti lain atau di iCloud.com. Pilihan ini hanya kelihatan jika anda menggunakan pengesahan dua faktor. | ||||||||||
Kenalan Pemulihan Akaun | Pilih satu atau lebih orang yang anda percayai untuk menjadi Kenalan Pemulihan Akaun bagi membantu anda mereset kata laluan anda dan mendapatkan semula akses kepada akaun anda. Anda boleh memilih orang dalam app Kenalan atau dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda. Kenalan pemulihan tidak boleh mengakses data anda, tetapi boleh membantu anda mendapatkannya kembali. Untuk menyediakan kenalan pemulihan, klik Urus, kemudian klik butang Tambah . Klik Tambah Kenalan Pemulihan, kemudian ikut arahan atas skrin. Anda juga boleh menyediakan kunci pemulihan untuk meningkatkan keselamatan akaun anda. | ||||||||||
Program Legasi Digital | Tetapkan orang sebagai Kenalan Legasi supaya mereka boleh mengakses akaun dan maklumat peribadi anda sekiranya anda meninggal dunia. Anda boleh memilih orang dalam app Kenalan atau dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda. Klik Urus, klik Tambah Kenalan Legasi, kemudian ikut arahan atas skrin. Lihat artikel Sokongan Apple Uruskan dan gunakan Apple ID anda. | ||||||||||
App Menggunakan Apple ID Anda | Semak bilangan app dan tapak web yang anda telah mendaftar masuk menggunakan Daftar Masuk dengan Apple. Pilihan ini memberikan maklumat tentang akaun anda dan keupayaan untuk menyahaktifkan ciri atau berhenti menggunakan Daftar masuk dengan Apple. Pilihan ini hanya muncul selepas anda telah menggunakan Daftar masuk dengan Apple untuk menyediakan akaun pada app atau tapak web. Lihat Gunakan Daftar masuk dengan Apple. |