Tukar keutamaan Media & Pembelian untuk Apple ID anda pada Mac
Pada Mac anda, gunakan keutamaan Media & pembelian untuk menukar seting transaksi dan pembelian yang dikaitkan dengan Apple ID anda. Anda mesti mendaftar masuk ke App Store atau Apple Books untuk mengakses keutamaan Media & Pembelian. Ketahui cara menyediakan seting media dan pembelian Apple ID anda.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID , kemudian pilih Media & Pembelian dalam bar sisi.
Buka keutamaan Apple ID untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Akaun | Lihat dan tukar seting Apple ID anda yang digunakan untuk pembelian daripada App Store, Apple Books, langganan serta banyak lagi. | ||||||||||
Gunakan Touch ID untuk Pembelian | Aktifkan Touch ID untuk melengkapkan pembelian bagi App Store dan Kedai Buku. Apabila anda membuat jujukan pembelian, anda boleh menentukan sama ada kata laluan diperlukan untuk setiap pembelian atau hanya selepas tempoh 15 minit telah berlalu sejak pembelian terakhir. | ||||||||||
Muat Turun Percuma | Perlukan kata laluan semasa melakukan muat turun percuma, atau pilih untuk tidak perlukan kata laluan dengan setiap muat turun. Pilihan ini tidak tersedia apabila anda memilih “Gunakan Touch ID untuk Pembelian”. | ||||||||||
Pembelian dan Pembelian In-App | Perlukan kata laluan semasa melakukan pembelian dan pembelian in-app. Anda boleh memilih untuk memerlukan kata laluan dengan setiap pembelian, atau tidak memerlukannya untuk pembelian yang dibuat dalam selang masa 15 minit yang sama. Untuk menyimpan kata laluan anda dalam app supaya anda boleh memasukkannya secara automatik, klik Tidak Diperlukan. Pilihan ini tidak tersedia apabila anda memilih “Gunakan Touch ID untuk Pembelian”. | ||||||||||
Langganan | Semak dan tukar langganan semasa anda untuk Apple Music, Apple News dan banyak lagi. |
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggabungkan langganan Apple anda, lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.