Jejak ubat anda pada Apple Watch
Anda boleh mengurus ubat, vitamin dan makanan tambahan yang anda ambil dalam app Kesihatan pada iPhone anda. Dalam app Ubat pada Apple Watch, anda boleh menjejak ubat anda dan lognya dengan peringatan.
Nota: Ciri ubat tidak sepatutnya digunakan sebagai pengganti kepada penilaian perubatan profesional. Maklumat tambahan tersedia pada label ubat anda, namun sila rujuk penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kesihatan anda.
Sediakan jadual ubat pada iPhone
Buka app Kesihatan pada iPhone anda, ketik Layari di bahagian kanan bawah, kemudian ketik Ubat.
Ketik Tambah Ubat (untuk memulakan senarai anda) atau Tambah Ubat (untuk ditambah ke senarai anda).
Untuk mengenal pasti ubat, lakukan salah satu daripada berikut:
Taipkan nama: Ketik medan carian, masukkan nama, kemudian ketik Tambah.
Di A.S. sahaja, cadangan kelihatan semasa anda mula menaip. Anda boleh memilih cadangan, atau menaip nama sehingga habis, kemudian ketik Tambah.
Gunakan kamera: (A.S. sahaja; pada iPhone SE (generasi ke-2 dan lebih baharu), iPhone XS, iPhone XR atau lebih baharu) Ketik bersebelahan medan carian, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika padanan tidak ditemui, ketik Cari mengikut Nama, kemudian taipkan nama (seperti yang diterangkan di atas).
Ikuti arahan atas skrin untuk mencipta pengecam visual secara pilihan, mengesetkan jadual dan membantu mengenal pasti interaksi yang mungkin berlaku.
Log ubat anda
Secara lalai, Apple Watch anda akan mengingatkan anda apabila tiba masanya untuk anda mengambil ubat berdasarkan jadual yang anda cipta dalam app Kesihatan pada iPhone. Untuk melog ubat anda, ikuti langkah ini.
Jika anda menerima pemberitahuan untuk log ubat anda, ketik pemberitahuan. Jika tidak, buka app Ubat pada Apple Watch anda.
Ketik jadual ubat semasa—contohnya, ubat yang anda ambil pada waktu pagi.
Ketik Log Semua sebagai Telah Diambil.
Apple Watch merekodkan dos, jumlah unit yang diambil dan masa anda mengambil ubat.
Untuk log ubat individu, skrol ke bawah, ketik ubat di bawah Ubat Anda, kemudian ketik Log.
Nama ubat dan masa dilog kelihatan di bawah Dilog.
Untuk menukar status ubat dilog, ketiknya, ketik Diambil atau Dilangkau, kemudian ketik Selesai.
Untuk melihat log dan sejarah ubat anda pada iPhone anda, buka app Kesihatan, ketik Layari, kemudian ketik Ubat.
Lihat Jejak ubat anda dalam Kesihatan dalam Panduan Pengguna iPhone.
Muat turun panduan ini: Apple Books