Cipta dan urus senarai kenalan di iCloud.com
Apabila anda mencipta kenalan, kenalan itu diletakkan dalam senarai Semua Kenalan. Untuk membantu menyusun kenalan anda dan memudahkan kenalan dicari, anda boleh mencipta senarai tambahan.
Untuk menggunakan Kenalan di iCloud.com, anda mesti menggunakan komputer atau tablet.
Cipta senarai
Senarai diisih mengikut turutan abjad, dengan Semua Kenalan di bahagian atas senarai.
Dalam Kenalan di iCloud.com, ketik dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, ketik di bahagian kiri.
Taipkan nama untuk senarai, kemudian ketik kekunci Return atau Enter.
Untuk menukar nama senarai kemudian, ketik , ketik Namakan Semula Senarai dan masukkan nama baharu dalam medan teks. Ketik kekunci Return.
Untuk menambahkan kenalan kepada senarai, gunakan Kenalan di iCloud.com pada komputer.
Tambah kenalan kepada senarai
Apabila anda menambahkan kenalan kepada senarai lain, kenalan itu juga kekal dalam senarai Semua Kenalan.
Dalam Kenalan di iCloud.com, ketik Semua Kenalan.
Seret satu atau lebih kenalan ke senarai lain dalam bar sisi di sebelah kiri.
Anda boleh menambahkan kenalan kepada lebih daripada satu senarai. Seret kenalan kepada setiap senarai yang ingin anda tambahkan.
Keluarkan kenalan daripada senarai
Apabila anda mengeluarkan kenalan daripada senarai, kenalan dikeluarkan daripada senarai itu sahaja. Kenalan kekal dalam senarai Semua Kenalan.
Jika anda memadamkan kenalan daripada senarai Semua Kenalan, kenalan itu akan dipadamkan dari semua peranti anda yang mempunyai Kenalan dihidupkan dalam seting iCloud.
Dalam Kenalan di iCloud.com, ketik senarai yang mengandungi kenalan yang anda ingin keluarkan.
Ketik kenalan, ketik di bahagian atas senarai kenalan, kemudian pilih Padam Kenalan.
Padam senarai
Apabila anda memadam senarai, kenalan di dalam senarai itu kekal dalam senarai Semua Kenalan.
Dalam Kenalan di iCloud.com, ketik senarai yang ingin anda padamkan dalam bar sisi, ketik , kemudian ketik Padam Senarai.
Jika anda memadam senarai atau kenalan secara tidak sengaja, anda boleh memulihkan versi kenalan anda yang diarkibkan. Lihat Pulihkan kenalan yang disimpan dalam iCloud di iCloud.com.