Tambah lampiran e‑mel dalam Mail di iCloud.com
Anda boleh melampirkan satu atau lebih fail pada e‑mel.
Petua: Anda juga boleh berkongsi fail dengan pengguna iCloud lain melalui iCloud Drive. Lihat Kongsi fail dan folder dalam iCloud Drive di iCloud.com.
Tambah lampiran
Dalam Mail di iCloud.com, semasa menulis e‑mel, ketik di penjuru kanan atas tetingkap e‑mel.
Pilih untuk melampirkan fail anda dari iCloud Drive, Foto iCloud atau peranti anda.
Jika anda memilih peranti, anda boleh memilih Pustaka Foto, Ambil Foto atau Video, atau Pilih Fail.
Pilih fail yang ingin dilampirkan, kemudian ketik Lampirkan, Tambah atau Buka; atau ambil foto atau video, kemudian ketik Gunakan Foto atau Gunakan Video.
Jika lampiran anda terlalu besar untuk dihantar dalam e‑mel, anda akan ditanya sama ada anda ingin menghantar lampiran menggunakan Mail Drop atau Pautan iCloud (jika anda melampirkan fail dari Foto iCloud; tidak tersedia di semua negara atau rantau).
Nota: Jika anda menghantar e‑mel yang mengandungi lampiran yang besar, e‑mel anda mungkin dikembalikan oleh perkhidmatan e‑mel penerima jika e‑mel tersebut melebihi had saiz yang ditetapkan oleh perkhidmatan tersebut.
Keluarkan lampiran
Dalam Mail di iCloud.com, semasa menulis e‑mel, ketik Edit di sebelah bahagian lampiran dalam tetingkap e‑mel.
Ketik bersebelahan dengan lampiran.
Anda hanya boleh mengeluarkan lampiran sebelum anda menghantar e‑mel.
Anda tidak boleh mengeluarkan fail yang telah dihantar dengan Mail Drop. Ia akan tamat tempoh selepas 30 hari.
Hidupkan Mail Drop untuk lampiran besar
Anda boleh menggunakan Mail Drop untuk memuat naik lampiran besar ke iCloud, tempat ia disulitkan. Penerima melihat lampiran atau pautan Mail Drop dalam e‑mel dan mereka boleh memuat turun fail hingga 30 hari selepas dihantar. Lihat artikel Sokongan Apple had Mail Drop.
Dalam Mail di iCloud.com, ketik di bahagian atas Senarai Peti Mel, kemudian pilih Seting.
Ketik Mengarang, kemudian pilih “Guna Mail Drop apabila menghantar lampiran yang besar.”
Lihat Balas atau majukan e‑mel untuk menyertakan lampiran asal dalam balasan.