Guna Sembunyikan E‑mel Saya dalam Mail di iCloud.com
Jika anda mempunyai iCloud+ , anda boleh menjana alamat e‑mel yang unik dan rawak apabila anda mengarang e‑mel baharu dalam Mail di iCloud.com.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sembunyikan E‑mel Saya, termasuk tempat lain yang anda boleh mencipta dan mengurus alamat anda, lihat Cipta alamat e‑mel rawak yang unik dengan Sembunyikan E‑mel Saya dan iCloud+.
Hantar e‑mel menggunakan alamat e‑mel yang unik dan rawak
Dalam Mail di iCloud.com, ketik di sudut kanan atas tetingkap.
E‑mel kosong dibuka.
Tambah penerima dalam medan Kepada.
Nota: E‑mel yang anda hantar dengan Sembunyikan E‑mel Saya hanya boleh dihantar kepada seorang penerima sahaja.
Ketik Sk/Skt atau Daripada, ketik menu pop timbul dalam medan Daripada, kemudian pilih Sembunyikan E‑mel Saya.
Jika anda tidak pernah menghantar e‑mel kepada penerima ini dengan Sembunyikan E‑mel Saya, alamat baharu akan muncul dalam medan Daripada.
Jika anda pernah menghantar e‑mel kepada penerima ini dengan Sembunyikan E‑mel Saya, alamat yang digunakan sebelumnya untuk penerima ini akan muncul dalam medan Daripada.
Taipkan subjek anda dan e‑mel anda, kemudian ketik di penjuru kanan atas.
Balas kepada e‑mel Sembunyikan E‑mel Saya
Apabila anda menerima e‑mel yang dihantar ke salah satu alamat rawak yang unik anda, anda boleh membalas menggunakan alamat yang sama dan merahsiakan alamat sebenar anda.
Nota: Untuk melihat e‑mel Sembunyikan E‑mel Saya dalam Mail di iCloud.com, setkan alamat e‑mel pemajuan kepada alamat Mail iCloud anda atau alamat domain tersuai. Lihat Tukar alamat pemajuan.
Dalam Mail di iCloud.com, pilih e‑mel dalam senarai e‑mel anda, kemudian ketik .
Tapis e‑mel Sembunyikan E‑mel Saya
Anda boleh menapis sebarang peti mel untuk melihat e‑mel yang dihantar ke alamat Sembunyikan E‑mel Saya.
Dalam Mail di iCloud.com, ketik folder yang ingin ditapis dalam Senarai Peti Mel.
Ketik di atas senarai e‑mel.
Anda boleh melihat penapis semasa di bawah “Ditapis mengikut”.
Lakukan salah satu yang berikut:
Tukar penapis: Ketik penapis semasa, kemudian dalam menu timbul, pilih Sembunyikan E‑mel Saya Sahaja.
Berhenti menapis e‑mel: Ketik sekali lagi.