Tambah domain e‑mel sedia ada yang anda miliki ke Mail iCloud di iCloud.com
Jika anda menaik taraf ke iCloud+, anda boleh menambah nama domain e‑mel tersuai yang telah anda miliki ke iCloud dan menggunakan domain tersebut dengan Mail iCloud. Anda juga boleh membeli domain baharu. Lihat Beli domain e‑mel baharu dan tambahkan domain ke Mail iCloud di iCloud.com.
Anda boleh mengkonfigurasikan hingga lima domain tersuai yang aktif dengan Mail iCloud.
Nota: Domain E‑mel Tersuai tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Sebelum anda bermula
Jika anda memiliki alamat e‑mel sedia ada di domain anda yang anda ingin terus gunakan, catatkan alamat tersebut dalam senarai supaya anda boleh mengkonfigurasi alamat tersebut dalam iCloud. Jika anda tidak mempunyai alamat e‑mel yang sedia ada, anda boleh mencipta alamat e‑mel selepas anda menambahkan domain ke iCloud.
Anda perlu mengaktifkan pengesahan dua faktor untuk Apple ID anda. Jika tidak, anda boleh menghidupkannya di laman web akaun Apple ID.
Anda perlu menyediakan alamat e‑mel Mail iCloud utama untuk menggunakan domain e‑mel tersuai. Jika tidak, lihat Cipta alamat e‑mel utama untuk Mail iCloud.
Cara penambahan domain yang anda miliki berfungsi
Apabila anda menambahkan domain tersuai sedia ada yang anda miliki, anda melalui langkah berikut:
Langkah 1. Masukkan nama domain dan pilih sama ada anda ingin berkongsi domain tersebut dengan rakan atau ahli keluarga.
Langkah 2. Jika ada mempunyai alamat e‑mel sedia ada untuk domain tersebut, tambahkan dan tugaskannya.
Langkah 3. Bergantung pada domain, anda mungkin perlu mengemas kini rekod anda dengan pendaftar domain anda, sama ada secara manual atau automatik dengan mendaftar masuk.
Langkah 4. Sediakan domain, pilih alamat e‑mel lalai anda dan (secara pilihan) import e‑mel daripada pembekal anda yang sebelumnya.
Langkah 1: Masukkan butiran domain
Di iCloud.com, ketik dalam bar alat, kemudian ketik Domain E‑mel Tersuai.
Ketik “Tambah domain yang anda miliki.”
Nota: Jika anda telah menambah sekurang-kurangnya satu domain, anda mungkin perlu skrol ke bawah sebelum anda dapat melihat “Tambah domain yang anda miliki.”
Pilih orang yang akan menggunakan domain itu:
Hanya anda: Pilih pilihan ini jika anda satu-satunya orang yang akan menggunakan domain.
Anda dan Orang Lain: Pilih pilihan ini jika anda ingin berkongsi domain ini dengan rakan atau ahli keluarga. Semasa persediaan, anda boleh mengkonfigurasikan alamat e‑mel untuk setiap orang.
Masukkan nama domain, kemudian ketik Teruskan.
Langkah 2: Tambah orang dan masukkan alamat e‑mel sedia ada
Tambah orang yang ingin anda kongsikan domain ini (jika berkenaan) dan masukkan alamat e‑mel yang telah anda gunakan dengan nama domain ini. (Anda boleh mencipta alamat e‑mel baharu selepas anda menyediakan domain.)
Pilih dengan siapa yang ingin anda kongsikan domain. Lakukan salah satu yang berikut:
Tambah orang: Ketik Tambah Orang. Masukkan nombor telefon atau alamat e‑mel orang yang ingin anda tambahkan, kemudian ketik Teruskan.
Anda boleh berkongsi domain dengan maksimum lima orang lain. Jika anda menambah seseorang yang bukan sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga anda, mereka perlu menerima jemputan sebelum mereka boleh ditambahkan ke domain.
Keluarkan orang: Ketik , kemudian ketik Keluarkan.
Nota: Jika anda sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga, ahli Perkongsian Keluarga anda ditambahkan secara lalai. Jika anda tidak ingin berkongsi domain dengan mereka, anda boleh mengeluarkan mereka.
Tambah alamat e‑mel sedia ada. Cari pemilik alamat e‑mel tersebut, kemudian taip alamat e‑mel dalam medan di bawah nama mereka.
Jika tiada sebarang alamat e‑mel sedia ada yang dikaitkan dengan domain ini, ketik “Tiada alamat e‑mel” dan pergi ke Langkah 4: Selesaikan persediaaan domain.
Jika anda ingin menambahkan alamat e‑mel tambahan untuk sebarang individu, ketik di sebelah nama mereka. Dalam medan yang dipaparkan, taip alamat tambahan itu.
Setiap orang boleh mempunyai maksimum tiga alamat e‑mel aktif untuk satu domain.
Setelah anda selesai menambah semua alamat yang sedia ada, ketik “Tambah alamat e‑mel”.
E‑mel pengesahan dihantar ke setiap alamat e‑mel yang anda tambahkan. Anda boleh melihat status pengesahan setiap alamat e‑mel di bawah alamat tersebut. Jika perlu, anda boleh mengetik Hantar Semula E‑mel Pengesahan untuk menghantar semula e‑mel ke semua alamat yang belum selesai.
Nota: Anda tidak boleh menambah alamat e‑mel jika anda atau orang lain menggunakan alamat itu dengan Apple ID yang lain. Jika anda ingin menambah alamat itu, Apple ID yang satu lagi itu perlu ditukar ke alamat e‑mel yang lain. Lihat artikel Sokongan Apple Tukar Apple ID anda.
Langkah 3: Kemas kini rekod dengan pendaftar domain anda
Bergantung pada domain, anda mungkin perlu mendaftar masuk ke pendaftar domain anda untuk mengemas kini rekod anda secara automatik. Jika tidak, anda perlu mengemas kini rekod DNS anda secara manual.
Ketik Lihat, kemudian kemas kini rekod anda.
Lihat artikel Sokongan Apple Sediakan domain sedia ada dengan Mail iCloud.
Langkah 4: Selesaikan persediaaan domain
Ketik "Selesaikan persediaan", kemudian ikuti arahan pada skrin.
Pilih alamat e‑mel lalai untuk digunakan apabila anda menghantar mel iCloud. Anda boleh menukar seting ini pada bila‑bila masa dalam keutamaan Mail di iCloud.com. Lihat Pilih alamat e‑mel lalai untuk menghantar e‑mel di iCloud.com.
Untuk mengimport e‑mel sedia ada daripada pembekal e‑mel anda yang sebelumnya ke Mail iCloud (tidak tersedia untuk semua pembekal), ketik "Import sekarang", kemudian ikuti arahan pada skrin untuk mendaftar masuk ke akaun mel anda yang sebelumnya.
Sedikit masa mungkin diperlukan untuk mengimport semua e‑mel anda. Mesej akan muncul dalam folder Mail iCloud dengan nama alamat e‑mel anda. Jika anda telah menyusun mel anda ke dalam berbilang folder dalam akaun e‑mel anda yang sebelumnya, folder tersebut akan muncul dalam folder baharu.
Anda juga boleh mengimport e‑mel kemudian.
Penting: Pastikan anda mempunyai storan iCloud yang mencukupi untuk mengimport semua e‑mel anda. Lihat Semak storan iCloud anda di iCloud.com.
Kini, anda boleh menggunakan alamat domain tersuai anda untuk menghantar dan menerima e‑mel di iCloud.com dan pada sebarang peranti Apple yang telah dihidupkan Mail dalam seting iCloud. Lihat Sediakan Mail iCloud pada semua peranti anda.