Panduan Pengguna iCloud.com untuk iPad
- Selamat Datang
- Pengenalan kepada iCloud.com
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Kongsi foto dan video dengan Pautan iCloud di iCloud.com
Anda boleh berkongsi foto dan video dalam Foto di iCloud.com dengan Pautan iCloud (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Sesiapa yang mempunyai pautan boleh melihat foto dan video tersebut.
Nota: Anda hanya boleh berkongsi foto dan video dalam Pustaka Peribadi anda di iCloud.com. Untuk berkongsi item dalam Pustaka Foto Dikongsi iCloud, gunakan app Foto pada peranti dengan iOS 16.1, iPadOS 16, macOS 13 atau terkini.
Kongsi foto dan video dengan Pautan iCloud
Apabila anda berkongsi foto dan video dengan Pautan iCloud, sesiapa yang mempunyai pautan boleh melihatnya.
Dalam Foto di iCloud.com, ketik Pilih, kemudian ketik foto dan video yang ingin anda kongsi.
Ketik , kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Ketik Pautan E‑mel, masukkan satu atau lebih alamat e‑mel dalam medan Kepada, kemudian ketik .
Ketik Salin Pautan, ketik Salin, kemudian kongsikan pautan. Contohnya, anda boleh menampal pautan ke dalam perbualan Mesej.
Hentikan perkongsian Pautan iCloud
Pautan iCloud tamat tempoh selepas 30 hari secara automatik, tetapi anda boleh menghentikan perkongsiannya lebih awal.
Dalam Foto di iCloud.com, ketik Pautan iCloud dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, ketik .
Ketik Edit, kemudian ketik pada koleksi foto yang ingin anda hentikan perkongsian.
Ketik Hentikan Perkongsian untuk mengesahkan, kemudian ketik Selesai.
Nota: Jika anda ingin mencipta album foto dan video usaha sama, gunakan Album Dikongsi iCloud.