Panduan Pengguna iCloud.com untuk iPad
- Selamat Datang
- Pengenalan kepada iCloud.com
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Arkibkan e‑mel dalam Mail di iCloud.com
Anda boleh memindahkan e‑mel ke folder Arkib untuk memastikan peti masuk anda tidak berselerak. Tidak seperti e‑mel yang anda pindahkan ke folder Sampah, e‑mel yang diarkib kekal dalam folder Arkib sehingga anda memadam e‑mel tersebut. Anda boleh melihat folder Arkib dalam Senarai Peti Mel.
Petua: Untuk memindahkan e‑mel dengan cepat ke folder Arkib, anda boleh menggantikan butang Padam dengan butang Arkib dalam seting Mail.
Arkibkan e‑mel
Dalam Mail di iCloud.com, ketik Edit di bahagian atas senarai e‑mel, kemudian ketik di sebelah e‑mel yang ingin diarkibkan.
Ketik Pindahkan di bahagian bawah senarai e‑mel, ketik Arkib, kemudian ketik Pindahkan.
Tunjukkan butang Arkib dan bukannya butang Padam
Dalam Mail di iCloud.com, ketik di bahagian atas Senarai Peti Mel, kemudian pilih Seting.
Dalam tab Melihat, pilih "Tunjukkan butang Arkib dalam bar alat."
Untuk mengarkibkan e‑mel, ketik Edit di bahagian atas senarai e‑mel, ketik di sebelah e‑mel yang ingin diarkibkan, kemudian ketik Arkib di bahagian bawah senarai e‑mel.