Lihat nota dan nota dikunci di iCloud.com
Apabila anda menyediakan Nota dengan iCloud, nota anda kekal dikemas kini di iCloud.com dan setiap peranti dengan Nota dihidupkan dalam seting iCloud.
Senarai nota mengandungi nota dalam folder yang sedang dipilih. Nota disenaraikan mengikut tarikh ubah suai terakhir, dengan nota paling baharu berada teratas di senarai nota. Senarai itu menunjukkan sebahagian daripada ayat pertama setiap nota.
Lihat nota
Dalam Nota di iCloud.com, pilih nota dalam senarai.
Jika anda tidak melihat senarai nota, lihat Paparkan senarai folder atau nota dalam Nota di iCloud.com.
Anda mungkin perlu memilih folder berbeza untuk melihat nota yang anda cari.
Lihat dan tutup nota terkunci
Anda boleh melihat nota yang anda kuncikan pada iPhone, iPad, iPod touch atau Mac yang didaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama.
Dalam Nota di iCloud.com, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Lihat nota terkunci: Pilih nota terkunci dalam senarai, kemudian masukkan kata laluan yang anda cipta untuk nota terkunci.
Setelah anda memasukkan kata laluan untuk satu nota terkunci, anda boleh melihat nota terkunci yang lain tanpa perlu memasukkan semula kata laluan. Nota tersebut akan dikunci semula selepas tiada aktiviti dikesan atau apabila anda menutup tetingkap pelayar anda.
Jika anda mereset kata laluan Nota menggunakan Nota pada iPhone, iPad, iPod touch atau Mac, memasukkan kata laluan Nota baharu hanya membenarkan anda melihat nota dikunci yang menggunakan kata laluan baharu tersebut. Jika beberapa nota menggunakan kata laluan yang terdahulu, anda perlu memasukkan kata laluan tersebut untuk melihatnya.
Nota: Jika anda mengunci nota dengan kod laluan peranti Apple atau kata laluan log masuk, anda tidak boleh melihat nota tersebut di iCloud.com.
Tutup nota yang dikunci: Ketik dalam bar alat Nota.
Jika anda tidak melihat senarai nota, lihat Paparkan senarai folder atau nota dalam Nota di iCloud.com.
Untuk menambah kunci pada nota, mengeluarkan kunci dari nota, menukar kata laluan untuk nota berkunci atau mereset kata laluan jika anda terlupa kata laluan itu, gunakan app Nota pada iPhone, iPad, iPod touch atau Mac anda. Lihat artikel Sokongan Apple Cara mengunci atau membuka kunci nota pada iPhone atau iPad anda atau Kunci nota anda pada Mac dalam Panduan Pengguna Nota.