Tambah atau keluarkan fail dan folder yang dikongsi dalam iCloud Drive di iCloud.com
Selepas anda berkongsi folder, anda boleh menambah fail dan folder ke folder tersebut serta mengeluarkan fail dan folder daripada folder tersebut. Semua peserta boleh mengakses fail yang anda tambahkan tetapi akan kehilangan akses ke fail yang anda keluarkan. Peserta yang dibenarkan mengedit fail yang dikongsi juga boleh menambah dan mengeluarkan fail.
Tambah fail atau folder ke folder yang dikongsi
Dalam iCloud Drive di iCloud.com, ketik , kemudian pilih mana-mana fail dan folder yang anda ingin pindahkan ke folder yang dikongsi.
Ketik dalam bar alat yang tertera di bahagian atas skrin, kemudian ketik Pindahkan ke Folder.
Pilih folder yang dikongsi, kemudian ketik Pindahkan.
Jika anda meletakkan fail yang telah dikongsi dengan orang lain ke dalam folder yang dikongsi, hanya peserta folder dikongsi yang boleh melihat atau mengeditnya. Peserta yang sebelum ini mempunyai akses ke fail akan kehilangannya (kecuali jika mereka mempunyai akses ke folder yang dikongsi). Jika anda tidak mempunyai fail dikongsi, anda tidak boleh memindahkannya ke dalam folder dikongsi.
Keluarkan fail atau folder daripada folder yang dikongsi
Dalam iCloud Drive di iCloud.com, ketik , kemudian pilih mana-mana fail dan folder yang anda ingin keluarkan daripada folder yang dikongsi.
Ketik dalam bar alat yang tertera di bahagian atas skrin, kemudian ketik Pindahkan ke Folder.
Pilih folder yang berbeza, kemudian ketik Pindahkan.
Semua peserta folder yang dikongsi hilang akses ke item yang dikeluarkan.