Tambah dan uruskan alias e‑mel untuk Mail iCloud di iCloud.com
Selepas anda menyediakan alamat Mail iCloud utama, anda boleh mencipta hingga tiga alias e‑mel @icloud.com di iCloud.com. Selepas anda menyediakan alias, anda boleh menghantar dan menerima e‑mel daripada alias tersebut di iCloud.com serta pada sebarang peranti yang mempunyai Mail dihidupkan dalam seting iCloud.
Jika anda menyediakan domain e‑mel tersuai dengan iCloud+, anda boleh menukar nama penuh yang muncul dengan alamat domain tersuai anda dalam seting Mail. Anda boleh mencipta dan mengurus alamat e‑mel anda untuk domain tersebut pada halaman Ciri iCloud+ di iCloud.com.
Nota: Jika anda mempunyai lima alias e‑mel MobileMe semasa anda memindahkan akaun anda ke iCloud, anda akan kekal mempunyai lima alias. Walau bagaimanapun, jika anda memadamkan salah satu daripada lima alias tersebut, anda tidak boleh mencipta alias baharu untuk menggantikannya.
Cipta alias e‑mel
Dalam Mail di iCloud.com, ketik di bahagian atas Senarai Peti Mel, kemudian pilih Seting.
Ketik Akaun, kemudian ketik Tambah Alias.
Berikan maklumat yang diminta:
Alamat Alias: Teks yang anda berikan akan menjadi alamat e‑mel (alias@icloud.com). Alias mesti mengandungi antara 3 hingga 20 aksara.
Label: Alias disenaraikan mengikut abjad mengikut label.
Nama Penuh: Nama yang anda berikan muncul dalam medan Daripada pada e‑mel yang anda hantar.
Ketik Cipta.
Tukar nama penuh atau label
Anda boleh mengubah nama penuh untuk alias atau alamat domain tersuai. Anda boleh mengubah label untuk alias.
Dalam Mail di iCloud.com, ketik di bahagian atas Senarai Peti Mel, kemudian pilih Seting.
Ketik Akaun, kemudian pilih alamat dalam senarai.
Edit nama penuh atau label, kemudian ketik Selesai.
Matikan, hidupkan atau padamkan alias
Anda boleh menghidupkan atau mematikan alias e‑mel pada bila‑bila masa. Anda juga boleh memadamkan alias e‑mel yang tidak lagi digunakan. Tindakan mematikan alias e‑mel hanyalah untuk sementara, manakala pemadaman adalah kekal. Apabila alias dimatikan atau dipadamkan, e‑mel yang dihantar ke alias itu akan dikembalikan kepada pengirim.
Dalam Mail di iCloud.com, ketik di bahagian atas Senarai Peti Mel, kemudian pilih Seting.
Ketik Akaun, pilih alias Mail iCloud dalam senarai, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Matikan alias: Pilih “Lumpuhkan alias”.
Hidupkan alias: Nyahpilih "Lumpuhkan alias".
Padamkan alias: Ketik “Padam alias”, kemudian ketik Padam.
Nota: Jika anda mempunyai tiga alias e‑mel dan memadamkan satu alias e‑mel, anda mesti menunggu 7 hari sebelum boleh mencipta alias e‑mel baharu.
Ketik Simpan Perubahan.
Nota: Anda tidak boleh memadamkan atau mematikan alamat Mail iCloud utama. Anda tidak boleh menggunakan alias untuk mencipta Apple ID yang berasingan, dan alias e‑mel tidak boleh ditukar menjadi alamat Mail iCloud utama.