
Cari, tapis dan benderakan e‑mel dalam Mel di iCloud.com
Terdapat banyak cara untuk mencari e‑mel dalam Mel di iCloud.com. Anda boleh mencari dan menapis mel dalam peti mel atau folder. Anda juga boleh benderakan e‑mel penting.
Cari e‑mel
Anda boleh mencari semua e‑mel dalam peti mel atau folder.
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik folder yang ingin anda cari dalam Senarai Peti Mel.
Ketik medan cari di atas senarai e-mel, kemudian taipkan teks yang ingin anda cari.
Petua: Jika anda tidak melihat medan carian, ketik
.
Anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Cari dalam medan: Selepas anda menaipkan istilah, pilih cadangan di bawah medan carian, seperti “Pengirim mengandungi” atau “Subjek mengandungi”.
Masukkan berbilang istilah carian: Taipkan istilah, ketik Return atau Enter, kemudian taipkan istilah lain.
Cari e‑mel yang belum dibaca: Mula taipkan perkataan “belum dibaca”, kemudian pilih cadangan “Mesej belum dibaca”.
Cari e‑mel dari tempoh masa tertentu: Mula taipkan tarikh atau tempoh masa seperti “2022” atau “minggu lepas”, kemudian pilih cadangan tarikh.
Untuk keluar daripada carian dan melihat semua e‑mel anda semula, padamkan teks dalam medan carian.
Tapis e‑mel
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik folder yang ingin anda tapis dalam Senarai Peti Mel.
Ketik
di atas senarai e‑mel.
Anda boleh melihat penapis semasa di bawah “Ditapis mengikut”.
Lakukan salah satu yang berikut:
Tukar penapis: Ketik penapis semasa, kemudian dalam menu timbul, pilih penapis atau penapis yang ingin digunakan.
Berhenti menapis e‑mel: Ketik
sekali lagi.
Petua: Anda juga boleh menapis e‑mel pada halaman utama iCloud.com. Ketik di penjuru kanan bawah jubin, hidupkannya, kemudian pilih penapis.
Benderakan e‑mel penting
E‑mel yang dibenderakan akan memaparkan ikon bendera . Anda boleh menapis e‑mel dalam folder untuk menunjukkan hanya e‑mel yang dibenderakan.
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik Edit di bahagian atas senarai e-mel, kemudian ketik
di sebelah e-mel itu atau e-mel yang ingin anda benderakan.
Petua: Anda juga boleh membenderakan e‑mel individu dalam perbualan. Ketik
di penjuru kanan bawah e‑mel, kemudian ketik Benderakan.
Ketik Tandakan di bahagian bawah senarai e‑mel, kemudian ketik “Benderakan [number] mesej”.
Anda juga boleh membenderakan e‑mel pada halaman utama iCloud.com. Sentuh dan tahan e‑mel, kemudian ketik Benderakan.