
Keluarkan peranti dari Cari Peranti di iCloud.com
Anda boleh menggunakan Cari Peranti di iCloud.com untuk mengeluarkan peranti daripada senarai peranti dan keluarkan Kunci Pengaktifan. Apabila anda mengeluarkan Kunci Pengaktifan, orang lain boleh mengaktifkan peranti dan menyambungkan peranti kepada Akaun Apple mereka.
Keluarkan peranti daripada senarai Peranti
Jika anda tidak mahu peranti muncul dalam Cari atau jika anda perlu menyediakan perkhidmatan, anda boleh mengeluarkannya daripada senarai Peranti anda.
Pergi ke icloud.com/find, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Petua: Untuk mendaftar masuk tanpa memasukkan kod pengesahan dua faktor, ketik
di bahagian bawah tetingkap.
Pilih peranti di bawah Semua Peranti di sebelah kiri.
Jika anda telah memilih peranti, anda boleh mengetik Semua Peranti untuk kembali ke senarai dan memilih peranti baharu.
Ketik Keluarkan Peranti Ini. Salah satu daripada yang berikut berlaku:
Jika peranti berada dalam talian, ia tidak boleh dikeluarkan, tetapi anda boleh menyediakan peranti untuk perkhidmatan. Jika anda mengetik Teruskan, peranti ditandakan sebagai Sedia untuk Pembaikan atau Tukar Beli selama 30 hari yang berikutnya.
Jika peranti berada di luar talian, Kunci Pengaktifan akan dikeluarkan dengan serta-merta dan peranti itu akan dikeluarkan daripada Cari selepas 30 hari.
Nota: Jika peranti anda berada dalam talian selepas 30 hari telah berlalu, peranti akan muncul semula dalam senarai peranti dan Kunci Pengaktifan akan didayakan semula jika anda masih mendaftar masuk ke Akaun Apple pada peranti (untuk iPhone, iPad, Mac atau Apple Watch) atau jika peranti berpasangan dengan iPhone atau iPad anda (untuk produk AirPods atau Beats).
Nota: Anda juga boleh mengeluarkan iPhone, iPad, atau Mac anda dengan mendaftar keluar daripada iCloud pada peranti tersebut.
Keluarkan Kunci Pengaktifan pada peranti
Jika anda terlupa mematikan Cari sebelum anda menjual atau memberikan iPhone, iPad, Mac atau Apple Watch anda kepada orang lain, anda boleh mengeluarkan Kunci Pengaktifan menggunakan Cari Peranti di iCloud.com.
Jika anda masih mempunyai peranti tersebut, lihat artikel Sokongan Apple Kunci Pengaktifan untuk iPhone dan iPad, Kunci Pengaktifan untuk Mac atau Perihal Kunci Pengaktifan pada Apple Watch anda.
Pergi ke icloud.com/find, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih peranti di bawah Semua Peranti di sebelah kiri.
Jika anda telah memilih peranti, anda boleh mengetik Semua Peranti untuk kembali ke senarai dan memilih peranti baharu.
Disebabkan peranti tersebut bukannya hilang, jangan masukkan nombor telefon atau mesej.
Jika peranti berada di luar talian, pemadaman dari jauh akan bermula apabila peranti berada dalam talian semula. Anda akan menerima e‑mel apabila peranti tersebut dipadamkan.
Apabila peranti dipadamkan, ketik Keluarkan Peranti Ini.
Kunci Pengaktifan dikeluarkan serta-merta dan peranti anda juga dikeluarkan daripada Cari. Semua kandungan telah dipadamkan dan kini orang lain dapat mengaktifkan peranti tersebut.