Panduan Pengguna iCloud.com untuk iPad
- Selamat Datang
- Pengenalan kepada iCloud.com
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Daftar masuk ke Cari Peranti di iCloud.com
Anda boleh mendaftar masuk ke Cari Peranti di iCloud.com untuk mencari peranti Apple yang hilang, walaupun anda kehilangan peranti yang dipercayai.
Daftar masuk ke Cari Peranti di iCloud.com
Pergi ke icloud.com/find.
Daftar masuk dengan Apple ID dan kata laluan yang anda gunakan untuk menyediakan peranti anda bagi Cari.
Jika anda diminta untuk memasukkan kod dari peranti yang dipercayai
Jika anda pergi ke icloud.com dan daftar masuk dengan Apple ID dan kata laluan anda, anda mungkin diminta memasukkan kod yang dihantar ke peranti yang dipercayai. Untuk meneruskan tanpa memasukkan kod, ketik butang Cari Peranti di bahagian bawah tetingkap.
Nota: Anda hendaklah menyediakan berbilang kaedah untuk mengesahkan identiti anda sekiranya peranti anda hilang atau dicuri. Lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan dua faktor untuk Apple ID.
Terima kasih atas maklum balas anda.