Cari peranti dalam Cari Peranti di iCloud.com
Anda boleh menggunakan Cari Peranti di iCloud.com untuk mencari lokasi anggaran iPhone, iPad, iPod touch, Mac, Apple Watch, AirPods atau produk Beats anda jika Cari telah disediakan pada peranti dan peranti tersebut berada dalam talian.
Untuk mendaftar masuk ke Cari Peranti, pergi ke icloud.com/find.
Cari peranti anda
Dalam Cari Peranti di iCloud.com, pilih peranti dalam senarai Semua Peranti di sebelah kiri.
Jika peranti dapat dicari: Peranti itu akan dipaparkan pada peta supaya anda dapat melihat lokasi peranti tersebut.
Jika peranti tidak dapat dicari: Anda akan melihat "Tiada lokasi ditemui" di bawah nama peranti. Lokasi terakhir yang diketahui dipaparkan sehingga 24 jam. Hidupkan Maklumkan Apabila Ditemui untuk mendapatkan e‑mel apabila peranti ditemui semula.
Jika anda menghidupkan rangkaian Cari, anda boleh menggunakan app Cari pada sebarang peranti yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama untuk melihat lokasi peranti anda, walaupun peranti di luar talian. Lokasi terakhir diketahui akan disimpan hingga 7 hari. Lihat artikel Sokongan Apple Cari peranti Apple atau AirTag anda yang hilang dengan Cari.
Nota: Jika anda menghidupkan Perlindungan Peranti Dicuri pada iPhone anda dan menukar kata laluan anda, lokasi peranti anda mungkin tidak dapat dilihat di iCloud.com untuk suatu tempoh masa.
Untuk mencari peranti lain, ketik Semua Peranti untuk kembali ke senarai dan pilih peranti baharu.
Jika anda tidak lagi menggunakan peranti, keluarkannya dari akaun anda supaya ia tidak muncul dalam Cari Peranti.
Cari peranti ahli keluarga atau rakan
Jika anda sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh menggunakan Cari Peranti untuk membantu dalam mencari sebarang peranti ahli keluarga anda. Peranti mereka muncul di bawah peranti anda dalam senarai Semua Peranti.
Setiap ahli keluarga perlu menyediakan peranti mereka untuk berkongsi lokasi dengan ahli keluarga lain. Lihat artikel Sokongan Apple Kongsi lokasi anda dengan keluarga anda. Setelah perkongsian lokasi disediakan, anda boleh mencari peranti mereka menggunakan arahan di atas.
Anda tidak boleh menambah peranti rakan ke Cari Peranti. Rakan yang kehilangan peranti boleh pergi ke icloud.com/find dan daftar masuk dengan Apple ID mereka.
Kemas kini peta
Lakukan salah satu yang berikut:
Alihkan peta: Leret.
Zum masuk: Ketik dua kali dengan satu jari (atau regangkan dua jari).
Zum keluar: Ketik dengan dua jari (atau rapatkan jari).
Lihat lebih banyak bahagian peta: Untuk memampatkan senarai Semua Peranti, ketik . Untuk membuka semula senarai, ketik .
Nota: Maklumat peta mungkin bergantung pada data dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga, yang mungkin tertakluk pada perubahan dan mungkin tidak tersedia di semua kawasan geografi. Ini mungkin menghasilkan maklumat peta yang tidak tepat atau tidak lengkap.