
Susun foto dan video dalam album di iCloud.com
Apabila anda menyusun foto dan video dalam album dalam Foto di iCloud.com, perubahan tersebut akan muncul pada sebarang peranti anda yang mempunyai Foto iCloud dihidupkan.
Nota: Anda hanya boleh menyusun foto dan video dalam pustaka peribadi anda di iCloud.com. Untuk menambahkan item daripada Pustaka Foto Dikongsi iCloud pada album atau melihat item yang sudah berada dalam album, gunakan app Foto pada peranti dengan iOS 16.1, iPadOS 16, macOS 13 atau terkini.
Cipta album
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik Album pada bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, ketik
.
Ketik
, kemudian ketik Album Baru.
Masukkan nama untuk album baru, kemudian ketik Simpan.
Tambah foto dan video pada album
Anda boleh menambahkan foto atau video pada album daripada pustaka anda di iCloud.com. Jika foto atau video berada pada tablet anda, anda boleh terus memuat naik foto atau video kepada album.
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik Pilih, ketik foto atau video yang ingin anda tambahkan pada album, kemudian ketik
.
Ketik Tambah pada Album, pilih album, kemudian ketik Tambah.
Namakan semula album
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik Album pada bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, ketik
.
Ketik Edit, kemudian ketik nama album yang ingin dinamakan semula.
Masukkan nama baharu, kemudian ketik Selesai.
Keluarkan foto dan video daripada album
Pemadaman foto atau video daripada album akan mengeluarkannya daripada album sahaja. Ia masih kekal dalam Foto di iCloud.com dan pada sebarang peranti yang menghidupkan Foto iCloud.
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik Album pada bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, ketik
.
Ketik album, ketik Pilih, kemudian ketik foto atau video yang ingin anda keluarkan.
Ketik
, kemudian ketik Keluarkan.
Padamkan album
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik Album pada bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, ketik
.
Ketik album, ketik
, kemudian ketik Urus Perkongsian.
Ketik Padam.
Album dikeluarkan daripada Foto iCloud pada semua peranti anda, tetapi item dalam album masih boleh dilihat dalam pustaka foto anda dan album lain yang mengandungi item.
Nota: Jika anda mahu membuat album dikongsi, lihat Cipta dan urus album dikongsi dalam Foto di iCloud.com.