Panduan Pengguna iCloud.com untuk iPad
- Selamat Datang
- Pengenalan kepada iCloud.com
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Susun nota anda dengan tag di iCloud.com
Anda boleh menggunakan tag sebagai cara yang pantas dan fleksibel untuk mengkategorikan dan menyusun nota anda. Jika anda menambah tag, anda boleh menapis tag menggunakan Pelayar Tag di iCloud.com pada komputer anda atau dalam app Nota pada peranti Apple anda.
Dalam Nota di iCloud.com, pilih nota.
Taipkan tanda nombor (#), kemudian taipkan perkataan—contohnya #mesyuarat atau #penting—atau pilih daripada senarai tag yang dicadangkan. (Tag yang dicadangkan akan muncul jika anda telah menambahkan tag dalam Nota.)
Anda boleh menaip tag di mana sahaja dalam nota. Tag mestilah perkataan tunggal tetapi anda boleh menggunakan sengkang dan garis bawah (contohnya #minit-mesyuarat atau #dokumen_penting).
Jika anda menambahkan tag kepada nota yang dikongsi, tag akan muncul sebagai teks dimalapkan kepada peserta lain yang tiada tag dalam Pelayar Tag mereka.