Panduan Pengguna iCloud.com untuk iPad
- Selamat Datang
- Pengenalan kepada iCloud.com
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Muat turun lampiran e‑mel daripada Mail di iCloud.com
E‑mel yang mengandungi lampiran mempunyai ikon klip kertas di sebelah kanan nama pengirim dalam senarai e‑mel.
Jika anda menerima e‑mel dengan lampiran (fail), anda boleh membuka fail selepas memuat turunnya ke peranti anda.
Dalam Mail di iCloud.com, buka e‑mel yang mengandungi lampiran.
Ketik fail atau imej yang anda ingin muat turun ke peranti anda. Fail atau imej tersebut dimuat turun ke lokasi yang dinyatakan dalam seting pelayar web anda.
Jika anda tidak boleh membuka lampiran, ia mungkin telah dicipta menggunakan app yang tidak terdapat pada peranti anda. Minta pengirim menghantar semula fail dalam format yang serasi dengan app yang anda gunakan.
Terima kasih atas maklum balas anda.