Panduan Pengguna iCloud.com untuk iPad
- Selamat Datang
- Pengenalan kepada iCloud.com
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Pulihkan kenalan yang disimpan dalam iCloud di iCloud.com
Anda boleh memulihkan kenalan anda daripada versi terdahulu yang diarkibkan secara automatik di iCloud. Contohnya, anda mungkin ingin memulihkan kenalan ke versi yang terdahulu untuk mendapatkan semula beberapa kenalan yang telah dipadamkan secara tidak sengaja.
Apabila anda memulihkan versi yang terdahulu, versi semasa anda akan diarkibkan terlebih dahulu di iCloud supaya anda boleh kembali ke versi ini sekiranya anda berubah fikiran.
Di iCloud.com, ketik dalam bar alat, kemudian ketik Pemulihan Data.
Ketik Pulihkan Kenalan.
Versi yang tersedia disenaraikan mengikut tarikh dan masa versi itu diarkibkan.
Petua: Jika anda memadamkan kenalan baru-baru ini sama ada dari iCloud.com atau peranti anda yang ingin dipulihkan, ia mungkin mengambil masa hingga 24 jam untuk akrib dipaparkan.
Ketik Pulihkan di sebelah kanan versi yang ingin anda pulihkan.
Mungkin terdapat lebih banyak versi yang boleh dipaparkan. Skrol untuk melihat semuanya.
Nota: Tunggu sehingga iCloud selesai memulihkan kenalan sebelum anda menukarnya. Semasa proses pemulihan, sebarang perubahan yang anda lakukan tidak akan disimpan.
Kenalan dan senarai kenalan yang dipulihkan akan muncul pada semua peranti anda yang mempunyai Kenalan dihidupkan dalam seting iCloud.