Susun nota dalam folder di iCloud.com
Anda boleh menyusun nota anda dengan menyimpannya dalam folder. Anda boleh mencipta folder anda sendiri dan Nota mencipta folder berikut secara automatik:
Semua iCloud: Menunjukkan nota pada semua folder kecuali folder Terbaru Dipadam.
Nota: Mengandungi nota yang belum dipindahkan ke folder yang anda cipta atau tidak terdapat dalam folder Terbaru Dipadam.
Terbaru Dipadam: Mengandungi nota yang anda padamkan dalam masa 30 hari yang lalu.
Untuk mengendalikan folder, pastikan senarai folder kelihatan. Lihat Paparkan senarai folder atau nota dalam Nota di iCloud.com.
Cipta folder
Dalam Nota di iCloud.com, klik Folder Baharu di bahagian bawah senarai folder.
Namakan folder tersebut, kemudian ketik kekunci Return atau Enter.
Folder anda dipaparkan dalam senarai folder mengikut urutan abjad.
Petua: Anda juga boleh mencipta folder baharu dalam folder sedia ada. Ketik folder yang ingin anda tambahkan subfolder, ketik , kemudian pilih Folder Baharu.
Namakan semula folder
Dalam Nota di iCloud.com, ketik di sebelah folder yang ingin dinamakan semula dalam bar sisi.
Ketik Namakan Semula Folder, tambahkan nama baharu, kemudian ketik kekunci Return atau Enter.
Padamkan folder
Dalam Nota di iCloud.com, ketik di sebelah folder yang ingin dipadamkan dalam bar sisi.
Ketik di sebelah folder yang anda ingin padamkan, kemudian ketik Padam Folder.
Nota dalam folder yang anda padam dipindahkan ke folder Terbaru Dipadam dan akan kekal di dalam folder itu selama 30 hari. Pada masa itu, anda masih boleh melihat dan memulihkannya. Selepas 30 hari, nota dikeluarkan secara kekal dari semua peranti anda yang didaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama. Lihat Padam dan pulihkan nota di iCloud.com.
Anda tidak boleh memadam folder Semua iCloud, Nota atau Terbaru Dipadam tetapi anda boleh memadamkan nota di dalam folder tersebut. Jika anda memadamkan semua nota dalam folder Terbaru Dipadam, folder tersebut akan hilang sehingga anda memadamkan lebih banyak nota.